ISMAIL SABRI SEORANG PM YANG LEMAH?

SEBELUM ini ramai golongan politikus tidak percaya dengan kebolehan yang ada pada Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dari UMNO yang mana terdapat banyak kecaman yang tidak baik.

Ada datangnya dari dalam UMNO itu sendiri dan juga luar seperti pembangkang dimana menidakkan keupayaan Ismail Sabri dalam menunaikan tanggungjawab sebagai orang nombor satu Negara.

Setelah hampir satu tahun memacu negara, banyak perubahan-perubahan diluar kotak pemikiran yang telah dilakukan beliau dan hasilnya sangat memberangsangkan dengan siri kejayaan-kejayaan yang diperolehi.

Berbekalkan pengalaman menjadi menteri sebelum ini, banyak perkara yang beliau lakukan demi kesejahteraan rakyat dan menstabilkan suhu politik dan juga ekonomi negera setelah suram sejak Negara mengalami krisis kesihatan yang sangat teruk.

Didalam ketidaktentuan krisis politik Negara selepas pilihanraya umum ke 14 lalu dengan ramai ahli-ahli parlimen yang tidak jujur dengan kemenangan mereka serta menjadi katak melompat ke parti yang difikirkan dapat membantu dan memenuhkan kemahuan nafsu mereka menyebabkan krisis politik itu berlaku.

Dan terbukti hari ini dengan kelulusan  Rang Undang-undang Perlembagaan ( Pindaan) (No 3) 2022 dan Pindaan Perlembagaan Berkenaan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti disokong oleh 209 ahli parlimen dan seramai 11 ahli parlimen tidak hadir.

Ianya salah satu kejayaan terbesar dan juga satu sejarah Negara dimana telah mendapat sokongan 2/3 dewan rakyat pada 28 Julai 2022 lalu yang mana sekaligus menamatkan spekulasi dimana RUU tersebut akan gagal mendapat sokongan majority ahli dewan rakyat.

Sebelum ini serangan Nur Jazlan, Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Johor yang dilihat begitu celupar sepatutnya malu memandangkan beliau sewenangnya melabelkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang paling lemah.

Pada pandangan Nur Jazlan, adakah kenyataan media dari Perikatan Nasional yang menyatakan secara terbuka ‘tidak berpuashati’ dengan PM Ismail Sabri itu menunjukkan perdana menteri dari UMNO itu seorang pemimpin yang lemah?

Tahukah Nur Jazlan bahawa kenyataan rasmi Perikatan Nasional itu adalah bukti bahawa Ismail Sabri bukannya seorang perdana menteri yang lemah dan mudah tunduk kepada tekanan yang boleh menggugat kestabilan politik negara.

Persepsi negatif yang dilemparkan semata-mata untuk mencalarkan imej Ismail Sabri. Ia tidak sewajarnya berlaku sekiranya mereka berlapang dada dengan apa yang sebenarnya PM Ismail Sabri lakukan sebaik sahaja mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Muhyiddin Yassin.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.