KEBERANIAN dalam membuat sesuatu keputusan yang besar membuatkan kawan dan lawan membuka mata untuk melihat dengan lebih jauh lagi apabila YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri membawa negara keluar dari krisis kesihatan dan juga ekonomi ketika ini.
Keputusan-keputusan itu dilihat sangat penting kerana ianya melibatkan semua lapisan masyarakat dan juga kedaulatan negara yang mana tidak ada mana-mana kepimpinan negara sebelum ini.
Dari awal menjawat jawatan Perdana Menteri lagi Ismail Sabri menunjukkan tindakan yang dibuat adalah tepat dan sebagai penanda aras ‘demi rakyat dn negara’.
Rakyat sendiri sebagai penilai boleh melihat bagaimana Ismail Sabri melaksanakan pejanjian persefahaman dengan parti politik dari blok pembangkang sebagai menjunjung titah YDPA supaya mengutamakan rakyat dan negara terutama ketika pandemik covid 19.
Hasilnya, kestabilan politik antara pihak kerajaan dan parti politik pembangkang tercapai dan berjaya mengurangkan ‘politiking’ sebaliknya kesemua parti menumpukan usaha bagaimana membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik tersebut dan perlaksanaan pemulihan ekonomi negara juga berjalan mengikut perancangan.
Terbaharu isu tuntutan ‘waris Sultan Sulu’ dapat ditangani segera apabila ada pihak cuba mengelirukan ‘tuntutan’ tersebut. Kejayaan ini adalah kerana kesefahaman dan kestabilan yang telah wujud pada awal kerajaan campuran di bawah PM Ismail Sabri melalui memorandum (MoU) yang dipersetujui bersama.
Beberapa siri penerangan khas berjalan dengan lancar untuk memberi penerangan terperinci berhubung perkara tersebut dan diterima baik oleh semua pihak terutama parti pembangkang.
Isu kenaikan barang keperluan harian rakyat juga ditangani dengan segera apabila YAB Perdana Menteri berani membuat keputusan menarik balik subsidi pukal sebaliknya menyalurkan subsidi bersasar kepada golongan yang sepatutnya.
Bukan mudah untuk memimpin kerajaan campuran dari pelbagai parti politik yang berbeza idealoginya tetapi PM Ismail Sabri berjaya membuktikannya.