Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO Malaysia Dato' Seri Ahmad Maslam dengan keputusan kelulusan usul pindaan perlembagaan UMNO beberapa hari lalu telah melegakan seluruh ahli UMNO dan kepimpinan parti.
Pindaan perlembagaan yang dibuat ketika didalam satu Perhimpunan Agung Khas pada mac lalu dan meminda beberapa perkara terutamanya mengadakan pemilihan parti selepas 6 bulan pilihanraya umum berlaku telah diluluskan oleh jabatan berkaitan.
Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan permohonan UMNO meminda perlembagaan parti dengan sedikit cadangan perubahan dalam kelulusan tersebut merupakan bukti bahawa YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob adalah ‘ahli dan orang UMNO’ yang setia kepada parti.
Keputusan
dari RoS itu juga sebagai bukti bahawa tiada campurtangan dari Perdana Menteri
dalam satu proses yang mengikut terma dan syarat seperti yang digariskan oleh
RoS selama ini.
Kalaulah
perkara ini adalah campurtangan dari Perdana Menteri maka permohonan ini tidak
akan mengambil masa yang lama malah UMNO tidak perlu melalui proses ‘Mesyuarat
Agung Luarbiasa’ yang mana telah diadakan pada mac lalu.
UMNO
perlu melalui proses kelulusan seperti parti-parti politik yang lain apabila
berkait dengan perubahan perlembagaan parti waima ianya parti dari PM sendiri dan
tidak mendapat keistimewaan tertentu apabila melibatkan dasar sesebuah
organisasi atau jabatan.
Malah
kalau ditelusi dari awal proses pindaan perlembagaan UMNO berhubung dengan
pemilihan selepas pilihanraya umum ke 15, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Kanan
UMNO yang menjadi ‘penyokong’ apabila ianya dibentangkan oleh Khaled Nordin
yang juga Naib Presiden UMNO di Persidangan Agung Khas UMNO di WTC baru-baru
ini.
Pindaan
usul tersebut juga turut mendapat sokongan sebulat suara perwakilan dari
seluruh negara yang hadir dan mereka adalah saksi kepada peristiwa bersejarah
tersebut.
Sekiranya Ismail Sabri adalah individu yang mementingkan diri sendiri, beliau boleh menggunakan kuasanya sebagai seorang Perdana Menteri dengan mengarahkan RoS menolak permohonan UMNO itu mentah-mentah dengan pelbagai alasan namun itu bukan sifat sebenar Ismail Sabri.
Malah
Ismail Sabri membuktikan bahawa beliau adalah ahli parti yang setia. Sekiranya
beliau rakus, inilah masanya beliau boleh melakukan pemilihan parti sebelum
pilihanraya umum akan datang dan menyusun calon-calon PRU dengan kuasa seorang
presiden parti tetapi ianya tidak berlaku. PM Ismail Sabri memilih bersetia
kepada kepimpinan parti.
Ahli
parti di seluruh negara boleh menilai sendiri, ketika UMNO BN kalah di
pilihanraya umum ke 14, Ismail Sabri kekal setia malah diberikan tanggungjawab
menggalas amanah sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen dan beliau berjaya
melaksanakan tugas tersebut dengan cemerlang walaupun berdepan dengan Tun
Mahathir sebagai ketua kerajaan ketika itu.
Kepada musuh dalam selimut, barua dan macai berbayar, cukup-cukuplah merekayasa fitnah jahat dan kepada ahli dan orang UMNO, anda masih ingin percayakan mereka yang berjuang demi kepentingan agenda ‘Bos’ mereka?