LOKMAN ADAM DAN ZAMIL IBRAHIM HENTILAH MEMFITNAH PERDANA MENTERI


SERANGAN berterusan daripada Lokman Adam dan Zamil Ibrahim terhadap Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Kanan UMNO Malaysia Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memperlihatkan kedua-duanya membodhkan diri sendiri.

Lebih baik mereka muhasabah diri dan jalan terbaik adalah memohon maaf kepada Ismail Sabri, seluruh ahli UMNO serta menutup terus akaun ‘Youtube’ dan platform media sosial yang lain sebagai tanda penyesalan di atas fitnah dan persepsi jahat yang cuba dihalakan kepada PM selama ini.

Apakah Lokman tidak merasa berdosa apabila membuat tuduhan melulu kepada PM Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO  kononnya RoS tidak akan menerima cadangan UMNO demi memberi peluang kepada PM Ismail Sabri untuk mengadakan pemilihan UMNO terlebih dahulu sebelum pilihanraya umum ke 15.

Fitnah jahat ini sepatutnya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana tindakan Lokman dan Zamil seolah ‘halal’ dan boleh berulang di masa hadapan sekiranya tidak ada tindakan tegas diambil oleh pihak PM Ismail Sabri.

Tindakan jahat mereka ini jelas menunjukkan siapa mereka sebenarnya. ‘Kerja’ mereka hanya menyerang kepimpinan UMNO BN dan bukannya musuh politik UMNO BN, nampak jelas seperti ada yang membiaya perbuatan mereka ini.

Sepatutnya macai dan barua politik malu dengan fitnah jahat yang mereka lakukan selama ini.

Persepsi negatif semata-mata untuk mencalarkan imej PM dari UMNO itu sendiri dan  sewajarnya tidak berlaku sekiranya mereka melihat dengan berlapang dada apa yang sebenarnya Ismail Sabri lakukan sebaik sahaja mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Muhyiddin Yassin.

Serangan-serangan seperti ini sepatutnya dihalakan kepada pembangkang dan juga musuh politik UMNO BN yang mana dapat menguatkan dan sekaligus dapat menarik minat rakyat terus menyokong UMNO dimasa akan datang sekaligus memenangi  PRU ke 15 nanti.

Sudah-sudah lah… lebih baik mereka buat kerja untuk memperkemaskan jentera UMNO dan BN daripada merosakkan Imej UMNO secara tidak langsung.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.