MENJADI seorang pemimpin nombor satu negara adalah satu tugas yang sangat berat dan ianya perlu dihadapi dengan penuh kecekalan serta kebijaksaan menghadapi pelbagai tomahan ataupun fitnah diera dunia tan sempadan hari ini.
Dengan
kecanggihan teknologi terutamanya diera media sosial yang begitu luas dan
informasinya begitu cepat penyebarannya membuat sesebuah negara menghadapi
pelbagai masalah bekaitan.
Baru-baru
ini juga apabila diamati tuduhan (rujuk video) yang dilemparkan oleh Lokman
Adam terhadap YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob maka perbuatan
beliau ini adalah amat serius kesannya kepada parti UMNO BN sekiranya tidak
dibendung dengan segera.
Beliau
membuat pertuduhan dengan mengaitkan Ismail Sabri seolah-olah menjadi individu
yang bertanggungjawab cuba menghalang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
(RoS) meluluskan permohonan UMNO meminda perlembagaan parti.
Bukan
itu sahaja. Lokman Adam turut mengheret ‘pegawai RoS’ dan menteri dalam negeri
di dalam pertuduhan liar dan jahat tersebut.
Umum
mengetahui bahawa Ismail Sabri bukannya ‘jenis’ seorang Perdana Menteri yang
akan mencampuri urusan agensi pentadbiran kerajaan di dalam polemik yang
berkait dengan parti politik dan juga seperti mana badan kehakiman negara.
Pihak
Ismail Sabri tidak boleh berdiam diri terhadap perbuatan yang boleh menimbulkan
persepsi buruk kepada imej institusi perdana menteri itu sendiri dan perlu
mengheret segera Lokman Adam ke muka pengadilan.
Tindakan
ini adalah untuk membendung agar tidak ada lagi anasir negatif yang boleh
merosakkan kepimpinan UMNO di masa akan datang.
Tindakan
UMNO memecat beliau satu ketika dahulu adalah tepat dan betul kerana melihat
kepada tindakannya selama ini, beliau bertindak hanya menyerang kepimpinan UMNO
BN terutama perdana menteri dan bukannya musuh politik UMNO.
Adakah
UMNO BN ingin membiarkan individu seperti beliau melakukan perbuatan jahat dan
sentiasa mencipta persepsi salah terhadap parti?
Kebal sangatkah beliau? Atau
ada ‘Boss’ besar yang membiaya pergerakan jahat beliau sehingga UMNO mendapat
mudarat jangka panjang?