MANA-MANA INDIVIDU DIDAPATI BERSALAH DIMAHKAMAH PERLU MENERIMA HUKUMAN - TOK MAT


MEREKA yang didapati bersalah dalam sesuatu kes dimahkamah perlu menjalani hukuman yang sepatutnya, bukan mencari naratif untuk kepentingan diri.

Pembuktian fakta-fakta adalah proses undang-undang negara tidak mengira siapa yang melakukannya kesalahan dengan pembuktian yang kukuh waima perdana menteri sekalipun.

Tular beberapa hari ini vedio perbualan atau temu ramah diantara portal berita internet Asia Times bersama Dato’ Seri Utama Muhammad Hassan yang juga Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

Antara jawapan yang diberikan oleh Tok Mat apabila ditemuramah oleh ialah bagaimana pemimpin UMNO seperti allahyarham Datuk Harun Idris, Khir Toyo dan beberapa lagi telah menjalani hukuman penjara apabila didapati bersalah oleh mahkamah.

Maksudnya bukan suatu yang pelik atau janggal apabila pemimpin utama menerima hukuman sedemikian. Tok Mat mengulas jawapannya apabila pengendali portal itu bertanyakan soalan berhubung kes yang sedang dihadapi oleh Zahid dan Najib.

Tok Mat juga turut mengaku bahawa beliau tidak memahami skandal 1MDB dari awal kerana tugasan beliau hanyalah menjaga negeri Sembilan.

Apa yang beliau nampak adalah penguasaan Najib secara berseorangan kepada 1MDB. Najib adalah Perdana Menteri dan juga menteri kewangan pada ketika skandal tersebut meletus. Tambah Tok Mat lagi, ketika itu tiada ‘check and balance’. Maka semuanya terarah kepada Najib yang seharusnya bertanggungjawab. Menurut Tok Mat, beliau mengharapkan perbicaraan yang adil bagi Najib.

Dalam wawancara tersebut Tok Mat menegaskan bahawa pemimpin perlu bertanggungjawab di atas setiap tindakan mereka dan demi kemenangan UMNO BN maka ada pemimpin perlu memberi laluan kepada kepimpinan yang ‘tiada sarat dengan bebanan’, bukannya pemimpin yang menggunakan UMNO sebagai talian hayat untuk melepaskan tengkok sendiri.

Tok Mat sendiri mengakui beliau tidak mengejar jawatan Presiden parti dan Perdana Menteri apabila diajukan soalan berhubung siapa yang layak memimpin UMNO selepas ini.

Apa yang Tok Mat bayangkan adalah buat masa sekarang, Ismail Sabri adalah satu-satunya calon tunggal perdana menteri sekiranya UMNO BN memenangi pilihanraya umum ke 15. Dan Tok Mat mengakui selalu berbincang dengan Ismail Sabri tentang bagaimana untuk perkukuhkan UMNO BN.

BACA DISINI

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.