MUHYIDDIN GAGAL MENJALANKAN TUGAS PENGERUSI MPN (MAJLIS PEMULIHAN NEGARA)


SELURUH negara dalam dunia ini mengalami inflasi dan pendamik covid 19 sejak 2 tahun lalu yang mana masing-masing berhadapan dengan perkembangan ekonomi yang tidak menentu.


Ada negara masih bergelut untuk terus berdiri, bangkit dan  membangunkan ekonomi negara masing-masing dari krisis yang melanda dunia sebelum ini.

Bagi negara yang bergelar Malaysia era pandemik covid19 sudah berlalu dan sekarang, Malaysia mula melangkah ke fasa endemik. Isu rakyat dan keadaan ekonomi negara perlu ditangani sebaik dan  secepat yang boleh.

Bukan masanya untuk ‘berpolitiking’. Titah baginda Tuanku Yang di Pertuan Agong hanya satu, berganding bahu menstabilkan ekonomi rakyat dan negara.

YAB Perdana Menteri Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan contoh terbaik. Beliau tidak menoleh ke belakang sejak menjawat jawatan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin Yassin. Segala isu yang timbul diselesaikan dengan segera dan kerana rakyat sedang menilai setiap menteri dan timbalannya yang mewakili parti politik masing-masing.

Kerajaan campuran yang diterajui Ismail Sabri adalah memastikan rakyat tidak terbeban dengan kesan ekonomi global dan negara kembali malah lebih baik dari segi prestasi ekonominya.

Pandemik covid19 yang melanda dunia merupakan satu cabaran bagi seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali.

Jemaah menteri yang berada di dalam kerajaan campuran sekarang tidak boleh menggunakan alasan bekerja sambil lewa kerana kerajaan yang terbentuk kini adalah sebuah kerajaan campuran dari beberapa blok parti politik yang tidak sehaluan idealoginya.

Isu kenaikan kos sara hidup menjadi fokus utama PM Ismail Sabri dan bukannya isu jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga isu siapakah yang bakal menggantikan YB Zuraidah yang telah keluar dari parti Bersatu.

Kerajaan campuran datang bersama amanah yang terpikul di setiap bahu anggota jemaah menteri dan timbalannya tidak boleh diambil mudah.

Sebelum datangnya cabaran inflasi di tahun-tahun mendatang akibat kenaikan kos sara hidup, PM Ismail Sabri bersedia lebih awal. Beliau terus mewujudkan Majlis Pemulihan Ekonomi Negara dan melantik Muhyiddin sebagai pengerusi.

Terbaharu PM Ismail Sabri melancarkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dalam usaha membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Walaupun kerajaan sekarang adalah bersifat campuran tetapi PM Ismail Sabri tidak hanya berpeluk tubuh dan menyibukkan diri dengan berpolitik untuk mengejar populariti.

Kenaikan harga barang dan inflasi akan terus berlaku dan memerlukan perhatian serta mekanisme tertentu untuk mengatasinya maka keseluruhan kepimpinan yang  berada di dalam kerajaan sekarang harus memberi tumpuan dan bekerjasama dengan Perdana Menteri dan bukannya menyibukkan diri dengan tuntutan jawatan di dalam kerajaan.

Sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi Negara, Muhyiddin sepatutnya mengambil peluang untuk menunjukkan betapa beliau adalah individu yang sememangnya layak dan kompeten menduduki kerusi tersebut. Malah ini juga peluang baginya membersihkan namanya yang dilabelkan sebagai ‘Perdana Menteri Gagal’.

Apa yang rakyat lihat sekarang, Muhyiddin sedang menggunakan pemimpin kanan dari partinya untuk menekan PM Ismail Sabri bagi menuntut dua jawatan sekali gus. Jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri bagi menggantikan Zuraidah.

Kini rakyat juga sedang menyaksikan Muhyiddin sendiri berusaha menjatuhkan PM Ismail Sabri dengan gerakan memujuk Pakatan Harapan untuk bersamanya.

Beliau sepatutnya malu kepada Presiden PAS, Hadi Awang yang juga rakan parti politik sekutu di dalam Perikatan Nasional yang menafikan wujudnya perjanjian jawatan Timbalan Perdana Menteri seperti yang dituntut oleh Muhyiddin.

Hadi lebih memahami situasi semasa negara dan kepentingan titah YDPA. Apakah Muhyiddin begitu terdesak sehinggakan mengutamakan parti politik melebihi rakyat dan negara?

Muhyiddin sentiasa gagal dalam apa sahaja yang beliau lakukan.
































































































































Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.