TINDAKAN Pakatan Harapan didalam Sidang Dewan Parlimen juga dilihat begitu terdesak di dalam isu ‘Tuntutan Kiram Sulu’ yang terkenal dan terbukti menceroboh kedaulatan negara dengan menyerang serta menceroboh Lahad Datu pada tahun 2013.
Rentetan malu kerana kalah di ‘medan tempur’ Lahad Datu maka bermulalah kononnya ‘waris kesultanan Sulu’ mulakan tuntutan yang di klasifikasi sebagai tidak masuk akal. Kumpulan Kiram ini mengambil peluang membuat tuntutan di negara yang tidak memahami malah tidak mengetahui salsilah tertubuhnya Malaysia.
Pembangkang di parlimen cuba menampakkan kerajaan Malaysia tidak sensitif kononnya kedaulatan negara cuba di ceroboh lagi sekali melalui keputusan mahkamah di negara Azerbaijan. Hakikatnya pihak yang terlibat dan menguruskan aset negara di sana iaitu Petronas lebih awal bertindak melawan tuntutan karut waris kesultanan yang sudah lama tidak wujudnya ‘kuasa’ di negara mereka sendiri, Filipina.
Semalam, ahli-ahli parlimen pakatan harapan membuat kecoh apabila usul tergempar berkait dengan isu tersebut. Watak ‘haiwan di zoo’ kembali meriuhkan sidang parlimen dan niat mereka supaya rakyat melihatnya dan menilai ‘perjuangan’ mereka sebenarnya sia-sia dan memakan diri sendiri apabila Speaker dengan jelas memaklumkan bahawa isu tuntutan tersebut telah dibahaskan sebelum ini.
Menteri yang bertanggungjawab dengan parlimen dan undang-undang juga sudah memberi penjelasan yang mana kini isu tersebut di dalam fasa proses rayuan oleh kerajaan Malaysia. Tohmahan kononnya kerajaan Malaysia tidak bertindak adalah satu fitnah jahat dari Pakatan Harapan.
Apakah Pakatan Harapan ingin strategi bagaimana negara berhadapan dengan tuntutan karut ini dijadikan tatapan umum dan seolah-olah membocorkan maklumat kepada musuh?
Lupakah rakyat bahawa dari mulut siapa yang mengatakan pencerobohan Lahad Datu dan menuntut Sabah sebagai agenda Kiram ll sebagai satu sandiwara?
Hari ini mereka pula tiba-tiba muncul kononnya wira kedaulatan negara, kenapa ketika Kiram ll menyerang Lahad Datu mereka tidak labelkan musuh ini sebagai penceroboh kedaulatan negara?
Gunalah peluang yang ada untuk menarik kembali keyakinan rakyat dan bukannya menjadi ejen ‘kerajan Sulu’ di dalam parlimen Malaysia.
Sehubungan dengan itu pembukaan sesi baharu sidang dewan parlimen menampakkan blok pembangkang betul-betul kehabisan modal untuk menarik perhatian rakyat kepada mereka.
Sejak Pakatan Harapan menang pilihanraya umum ke 14 sehingggalah Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri, Pakatan Harapan berhadapan dengan krisis kepercayaan rakyat yang sangat luarbiasa.
Rakyat menolak Pakatan Harapan dan blok anti UMNO BN di 7 siri pilihanraya kecil dan dua pilihanraya negeri (Melaka dan Johor).
Sehingga kini belum ada tanda yang positif rakyat akan menerima mereka dan ini menyebabkan Pakatan Harapan dilihat mula hilang arah. Ditambah pula dengan kenyataan dari mereka yang terlalu banyak mengguriskan hati rakyat ketika menjadi kerajaan selama 22 bulan.