RUU ANTI LOMPAT PARTI ADALAH UNTUK KESTABILAN DAN KEMAKMURAN NEGARA - ISMAIL SABRI

Ketika seluruh negara memberi tumpuan khas kepada keputusan RUU Anti Lompat Parti dan juga perjalanan Sidang Dewan Rakyat, parti Perikatan Nasional yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin masih sibuk berpolitik.

Perikatan Nasional tiba-tiba mengeluarkan kenyataan rasmi untuk siaran media dengan agenda utamanya adalah melahirkan rasa tidak puas hati terhadap YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri ( rujuk para 3) berhubung ‘perjanjian’ dengan Perikatan Nasional. Umum mengetahui bahawa Perikatan Nasional juga adalah sebahagian daripada Kerajaan Keluarga Malaysia. 

Kenapa perlu ditimbulkan isu ‘perjanjian’ antara mereka dengan YAB Perdana Menteri di saat kesemua anggota Kerajaan Keluarga Malaysia sedang memberi tumpuan khusus untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dan negara yang baharu saja bangkit dari kesan pandemik covid19.

Kenyataan media Perikatan Nasional ini juga menunjukkan PM Ismail Sabri tidak tunduk kepada sebarang tekanan yang boleh menjejaskan kestabilan politik negara.

Pihak yang suka membuat dan menyebar fitnah seperti Lokman dan Zamil sepatutnya malu dengan perbuatan yang dilihat cuba merosakkan imej dan reputasi PM Ismail Sabri.

Sudah jelas dan terbukti bahawa PM Ismail Sabri tidak tunduk dan bersekongkol dengan Muhyiddin seperti yang dituduh oleh mereka berdua sebelum ini.

Tohmahan yang berniat jahat dengan tujuan pembunuhan karektor dari kedua individu tersebut akhirnya memakan diri mereka sendiri.

Terbukti juga bahawa PM Ismail Sabri adalah seorang Naib Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri yang mewakili UMNO tidak tunduk sewenangnya seperti mana tuduhan pencacai upahan kumpulan yang mempunyai agenda kepentingan peribadi.

Lokman dan Zamil perlu cermin diri sendiri, jangan menjadi gunting di dalam lipatan. Tampillah memohon maaf kepada PM Ismail Sabri dan keseluruhan ahli UMNO.

Kalau betul kita sebagai orang UMNO, kita akan kenal siapa musuh yang sebenarnya.

Ternyata Lokman dan Zamil merupakan musuh sebenar UMNO dan cuba memecahkan kesatuan pucuk kepimpinan umno dari dalam.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.