HARI INI dalam sejarah negara yang mana YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri hadir membentangkan Bacaan Kedua Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2022 berkaitan Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat.
RUU ini sangat penting dan ianya dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat yang mana bakal merubah kematangan demokrasi Malaysia.
Pembentangan yang dijadualkan kali pertama berlaku semasa sesi didang Dewan Rakyat yang lalu (24 Mac 2022)dimana ianya dapat menzahirkan sokongan diantara ahli dewan rakyat dari kerajaan dan juga pembangkang.
Dalam pembentangan itu Ismail Sabri menzahirkan komitmen beliau seperti mana yang dimeterai dalam MOU Kesefahaman Politik. Tidak pernah ada dalam sejarah PM Malaysia yang amat terbuka hati dan jiwa, berunding bersama semua pihak demi maslahat demokrasi Malaysia.
Katanya, kerajaan memandang serius tindakan lompat parti dan pembelotan parti kerana tindakan sedemikian telah mencetuskan banyak perdebatan dan kontroversi.
“Lompat parti dan pembelotan memberi kesan negatif terhadap mandat dan kepercayaan rakyat, yang mengundi wakil rakyat mereka,” katanya.
PM Ismail Sabri Yaakob membuktikan ketegasan beliau bahawa "perangai katak melompat" dalam iklim politik negara perlu dibanteras segera. Perangai katak kerana habuan kuasa dan pangkat telah merosakkan kemakmuran politik negara malah memburukkan demokrasi di mata Keluarga Malaysia.
Sebagai seorang Perdana Menteri, tanpa ego, tanpa angkuh, demi masa depan Malaysia yang makmur dan stabil, menggesa kesatupaduan seluruh Ahli Dewan Rakyat menyokong tanpa ragu sebuah RUU yang dibina atas muafakat bersama.
Katanya lagi, RUU itu mendapat sokongan pada bacaan kali kedua dan bacaan kali ketiga tidak kurang dari dua pertiga (2/3) atau 148 (jumlah minimum) dari jumlah Ahli Majlis Parlimen.
“Besarlah harapan saya agar rang undang-undang ini dapat disokong dan diluluskan sebulat suara oleh Ahli Dewan Rakyat dengan berteraskan semangat Keluarga Malaysia.
“Rang undang-undang ini merupakan satu sejarah besar negara kerana ia dihasilkan melalui perundingan dan perbincangan di antara kedua-dua belah pihak iaitu kerajaan dan pembangkang.
“Semoga rang undang-undang ini berupaya melakar sejarah sepertimana Pindaan Perlembagaan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 yang memperoleh sokongan penuh daripada semua Ahli Parlimen yang berjiwa besar,” katanya.
Beliaulah Ismail Sabri Yaakob, YAB PM Berjiwa Besar! Sentiasa mencipta sejarah bermakna buat Keluarga Malaysia!