“Anda tidak boleh sapu semua kekotoran ke bawah karpet lagi”
“UMNO dikalahkan
pada pilihanraya umum ke 14 bukan kerana tidak ambil berat hal rakyat, tapi
kerana UMNO ada ‘kavadi’ besar. Kavadi yang dibawa oleh penganut Hindu semasa
perayaan adalah besar dan berat (beban).
“Kempen pilihanraya
2018 ketika itu hanya tertumpu kepada 1 atau 2 orang sahaja”
“Sekiranya UMNO
mengambil langkah berani dan jika orang tersebut bermurah hati untuk berundur
sebentar, UMNO tidak akan kalah”.
“Sekiranya UMNO
bertindak terhadap apa yang rakyat katakan dan apa yang rakyat mahukan, kerana
masalahnya adalah hanya kerana 1 atau 2 orang saja, awak tahu apa yang saya
maksudkan. Jadi ianya adalah liabiliti besar bagi UMNO dan kerajaan pada masa
itu”
“Isu 1MDB adalah
isu besar yang kita (UMNO) tidak tangani dengan sebaiknya semasa PRU 2018”
“Secara peribadi,
tidak tahu apa itu 1MDB kerana saya hanyalah seorang Menteri Besar di sebuah
negeri kecil di selatan (Negeri Sembilan)”
“Malah beberapa
orang menteri kabinet pun tidak tahu tentang perkara ini kerana ianya dilakukan
oleh Najib seorang, ianya dilakukan oleh satu orang iaitu perdana menteri
(Najib) dan dia juga adalah menteri kewangan serta bertanggungjawab ke atas
1MDB”
“Jadi bukanlah
parti (UMNO), tapi Najib sendiri yang sepatutnya perlu berundur dan parti akan
selamat dan kerajaan UMNO mungkin masih lagi menjadi kerajaan sekarang ini
kerana isunya hanyalah satu, 1MDB”
“Pastinya sebagai
seorang kawan saya bersimpati, tetapi sesiapa sahaja yang terlibat sepatutnya
pergi hadapi apa saja. Tunaikan apa yang sepatutnya”
“Sekiranya mahukan
pengampunan, anda perlu melalui proses yang sepatutnya. Anda perlu masuk ke
dalam (penjara) dulu”
“Anda tidak boleh
dapatkan pengampunan tanpa melalui proses sepatutnya. Itu adalah salah. Itu
adalah salah sama sekali”
“Samada Najib
bersalah atau tidak, bagi rakyat sudah jelas. Apa yang dia (Najib) lakukan,
rakyat sudah tahu”
“Saya tahu apa yang
Najib lakukan. Kami tahu. Kami tahu dari apa yang kami baca.”
“Dia (Najib) tidak
nafikan. Adakah dia (Najib) nafikan”
Soalan: “Najib kata
duit yang diterimanya adalah derma daripada Arab Saudi.
“Buktikanlah” - Tok
Mat
Soalan: “Najib
dakwa duit tersebut untuk suatu tujuan berkaitan kebajikan dan bukannya untuk
kegunaan peribadi”
“Buktikan” - Tok
Mat
“Sebab di
mahkamahlah tempat di mana anda boleh buktikan yang anda tidak bersalah betul
tak?”
Soalan: “Dia (
Najib) tak buktikannya
“Buktikan” - Tok
Mat
“Anda tidak boleh
katakan ianya hanyalah khabar angin (hearsay) saja. Tidak boleh”
“Ia tidak boleh
diterima pakai oleh mahkamah”
Soalan: “Jadi dia
tidak boleh buktikannya?”
“Dia (Najib) tak
dapat nak buktikannya!” - Tok Mat
Ini adalah
sebahagian daripada kandungan wawancara eksklusif yang dibuat oleh portal Asia
Times dengan Muhammad Hassan atau Tok Mat, Timbalan Presiden UMNO.
Ada benarnya apa
yang diucapkan oleh Tok Mat, pemimpin UMNO yang mendapati dirinya bakal membawa
mudarat kepada perti maka seeloknya berundur buat seketika.
Walaupun belum
tamat lagi perbicaraan di mahkamah seperti kes Zahid yang juga Presiden parti,
adalah lebih baik tidak mengulangi kesilapan besar yang dilakukan oleh Najib
yang menyebabkan buat pertama kali di dalam sejarah, UMNO hilang kuasa sebagai
kerajaan persekutuan.
Contohilah Najib,
tidak berjawatan tetapi masih mampu membantu parti dengan kelebihan yang ada.
Jangan menjadi beban kepada UMNO kerana pilihanraya umum ke 15 adalah penentu
nyawa UMNO samada masih bernafas atau bakal dikuburkan.
NAK LIHAT VIDEO @ AUDIO KLIK SINI