SOSMA DILULUSKAN, SATU LAGI KEJAYAAN KERAJAAN DIBAWAH ISMAIL SABRI

Dalam undian belah bahagian semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun mengumumkan seramai 111 ahli Parlimen bersetuju dan menyokong usul tersebut, manakala 88 ahli Parlimen tidak bersetuju dan 21 ahli Parlimen tidak hadir.

Berikutan itu, Subseksyen berkenaan akan terus berkuat kuasa selama lima tahun lagi selepas tarikh tamatnya pada 31 Julai ini.

SOSMA yang berkuat kuasa 22 Jun 2012 menyediakan langkah-langkah khas bagi menangani ancaman kedaulatan negara dan mengekalkan ketenteraman awam, selain menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dewan Rakyat meluluskan usul penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA bagi mengekalkan tempoh tahanan 28 hari.

Keputusan ini bukan sahaja penting dari segi penguatkuasaan Sosma, tetapi juga sebagai bukti penting kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berada dalam keadaan stabil dan berkeupayaan menjaga kepentingan negara.

Usul ini telah gagal dalam dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini berikutan kekurangan wakil rakyat penyokong kerajaan. Hanya 84 orang dari blok kerajaan hadir berbanding 86 dari blok pembangkang.

Akibatnya ada yang mengejek kegagalan usul tersebut sebagai bukti kerajaan pimpinan Ismail Sabri sebagai rapuh dan tidak stabil dan sepatutnya Parlimen dibubarkan segera bagi mencari mandat baharu.

Namun kali ini, usul tersebut diluluskan dengan cemerlang.

Diharap kelulusan usul ini dengan majoriti besar akan menutup mulut pengkritik yang mahu mengadakan pilihan raya umum dengan segera atas alasan kerajaan rapuh dan tiada sokongan kuat.


Kejayaan meluluskan usul ini bukan sahaja signifikan kepada keselamatan negara tetapi juga memberi isyarat bahawa kepimpinan Ismail Sabri terus mengukuh di sebalik serangan dari dalam dan luar blok kerajaan.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.