AZALINA CUBA BERMAIN DENGAN PERSEPSI DAN MEMBURUKKAN PM?


PENASIHAT Undang-undang kepada YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob YB Azalina Othman merangkap ahli  Parlimen Pengerang Johor memberi pendedahan berhubung jawatan Peguam Negara bukanlah memberi impak positif kepada PM tetapi memberi gambaran buruk kepada Perdana Menteri dan UMNO itu sendiri.

Dalam ucapan yang ringkas semasa taklimat presiden UMNO semalam. Beliau semdiri tidak tahu kemana acuan yang UMNO ingin bawakankepada rakyat?

 Sebuah parti politik yang digambarkan akan bertindak sewenangnya apabila diberi mandat kuasa oleh rakyat nanti?

Yang tersirat dari ucapan Azalina semalam juga dimaksudkan bahawa UMNO BN akan bebas melakukan apa sahaja termasuk membebaskan siapa sahaja dari UMNO yang didakwa di mahkamah?

Kenyataan tersebut boleh mengundang persepsi buruk terhadap UMNO BN sekiranya dipilih sebagai kerajaan pusat. Malaysia bakal menjadi negara sarkas apabila institusi mahkamah dipengaruhi oleh parti politik yang memerintah Negara sepertimana berlaku 22 bulan lalu dan 17 bulan kemudiannya.

Gambaran diberikan itu Mahkamah Malaysia bakal menjadi bahan perlecehan bagi negara luar dan ini boleh menyebabkan ekonomi negara berada di ambang bahaya. 

Negara mana yang berani untuk berurusan dengan Malaysia sekiranya sistem perundangan negara dirosakkan oleh parti politik yang memerintah dan ianya bakal menjauhkan pelabur dari terus berniaga di Malaysia..

Jangan mencari pengaruh politik dengan menjual kedaulatan undang-undang.



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.