BERBOHONG DAN FITNAH MAKANAN MACAI POLITIK SEPERTI LOKMAN ADAM DAN WAN SAIFUL


SENARIO politik hari ini lebih kepada adu domba, merekayasa, fitnah dan lempar batu sembunyi tangan adalah sinonim dengan beberapa watak dalam arena politik tanah air.


Dalam PKR mereka ada Rafizi Ramli, UMNO ada Lokman Adam, PPBM ada Wan Saiful Wan Jan, PAS ada ramai yang lidah bercabang seperti Samsuri, Idris, Takiyuddin, termasuk presiden sendiri yang mana boleh berputar 360 darjah dari kenyataan asal mereka.


Mereka semua sentiasa ada watak yang gigih mencuba untuk mendapat laba dari kegiatan jahat mereka tidak mengira halal dan haram asalkan poket mereka selalu berisi.


Perkara utama yang mereka fikirkan adalah ‘dedak’ samada berbentuk wang ringgit atau pun jawatan atau keduanya sekali. 


Kerja mereka adalah menghasut, merekayasa fitnah dan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan ahli parti mereka sendiri termasuk memperbodohkan kepimpinan utama.


Spesis ini gelojoh dan tidak sabar. Mereka akan buat apa sahaja dan nafikan dengan alasan tidak masuk akan apabila perbuatan jahat mereka terbongkar atau ‘terkantoi’.



Dalam UMNO, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO (dipecat keahlian parti) suka muncul di lintas langsung menggunakan platform YouTube, Wan Saiful dari PPBM pula suka menggunakan membuat kenyataan media dengan menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Penerangan PPBM. 


Persamaan keduanya adalah, berbohong sebaik sahaja mulut mereka mula berbicara.


Mereka berdua juga dilihat begitu bersungguh menonjolkan diri supaya terpilih bagi jawatan tertinggi parti malah mengejar sehingga ke peringkat berjawatan menteri.


Betul atau salah bukannya satu isu penting bagi mereka berdua kerana fokus utamanya adalah mengejar kedudukan dengan cara paling jelik.



Kalau Lokman Adam membawa watak yang akan mengeruhkan hubungan antara pemimpin tertinggi dan juga ahli UMNO, Wan Saiful pula lebih menjurus kepada berbohong ketika membuat kenyataan yang langsung tiada kaitan dengan pendirian rasmi parti manakala Rafizi pula bersifat serba pandai dan hakikatnya semua kelaut.


Keduanya sedang berlumba memenuhi kehendak nafsu buas mereka tanpa rasa berdosa dan mengabaikan ketelusan demi meraih simpati dari kalangan mereka.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.