BUKTI ISMAIL SABRI TIDAK TUNDUK DENGAN DESAKAN DARI DALAM PARTI, KERAJAA DAN JUGA PEMBANGKANG


APABILA kita terlalu banyak bercakap, terlalu banyak mencari silap orang maka kita tidak sedar akan kelemahan dan kesilapan kita sebagai manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Roda yang bulat dikatakan selalu berputar itu diibaratkan kehidupan seorang manusia yang mana tidak pernah boleh lari dari melakukan kesilapan samaada sedar ataupun tidak.

Beberapa hari sebelum pembentang  Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2022 berkaitan Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat yang mana telah diluluskan dengan 2/3 majoriti menyokong RUU tersebut dengan jumlah 209 orang ahli parlimen yang menyokong dan 11 tidak hadir didalam sidang dewan rakyat 28 julai lalu.

Ahli Parlimen Marang, Terengganu iaitu Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang antara yang tidak hadir bersebab dan gagal membuat undi di parlimen ketika RUU kali ketiga dibacakan pada hari tersebut.

 Terdapat satu tohmahan yang dilakukan terhadap Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob ternyata fitnah jahat semata-mata.

Ismail Sabri menegaskan kekuatan sebenar UMNO BN apabila ahli mengetahui kekuatan parti sendiri dan juga tahu akan kekuatan parti musuh. Dalam Konvensyen BN Selangor, Naib Presiden UMNO itu menyeru agar ahli UMNO BN berhenti menyerang sesama sendiri.


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan permohonan UMNO meminda perlembagaan parti. Ini jelas menunjukkan UMNO juga perlu melalui proses yang sama dengan parti politik yang lain apabila melibatkan sesuatu perubahan perlembagaan parti.

Rakyat sedang menilai dan UMNO juga tidak terlepas dari pandangan rakyat. Rakyat hanya mahukan pemimpin yang bersih dan parti yang telus supaya negara ini sentiasa makmur.

Ismail Sabri berjaya membuktikan kredibiliti kepada rakyat sepanjang beliau menjawat jawatan nombor satu negara. Beliau meletakkan keutamaan rakyat dan negara selepas dunia terkesan dengan pandemik covid 19.

Namun ada pihak dilihat begitu ghairah menyerang dan merekayasa fitnah jahat terhadap Perdana Menteri. Serangan fitnah tersebut bukan sahaja untuk merosakkan imej Perdana Menteri tetapi sebenarnya menjurus kepada merosakkan nama baik UMNO BN khasnya.

Langkah beberapa individu seperti Lokman Adam, Zamil Ibrahim dan Nur Jazlan dilihat begitu tersusun seperti ada seseorang atau kumpulan yang begitu kebal di belakang kegiatan jahat mereka ini.

Mereka memfitnah Ismail Sabri tunduk dan bersekongkol dengan Muhyiddin Yassin. Malah mereka begitu galak menuduh Ismail Sabri sebagai seorang perdana menteri yang penakut. Tohmahan liar tanpa takut kepada tindakan undang-undang itu boleh merosakkan nama baik institusi kepimpinan tertinggi parti dan juga parti UMNO BN itu sendiri.

Perikatan Nasional membuat kenyataan media secara rasmi bahawa mereka kecewa dengan ‘janji’ Ismail Sabri. Inilah bukti bahawa selama ini Ismail Sabri tidak tunduk kepada mana-mana tekanan bermotifkan kepentingan politik.

Mereka belum tampil memohon maaf secara terbuka terhadap perbuatan fitnah mereka terhadap Ismail Sabri. Apakah mereka langsung tidak merasa terpukul dan malu dengan tindakan mereka tersebut?



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.