DI KEJI TIDAK REBAH, DI PUJI TIDAK TERBANG ITU LAH PM ISMAIL SABRI


HEBATNYA seorang insan yang bernama Ismail Sabri Yaakob, walaupun diperlakukan macam-macam terhadap diri beliau tetap mempertahankan partinya UMNO.


Beberapa hari lalu didalam satu perhimpunan "Taklimat Khas Presiden" beliau hadir sedikit lewat selepas selesai program kerajaan di Putrajaya dan sempat bersama seketia ahli-ahli UMNO seluruh negara.

Dalam masa itu ada suara-suara sumbang yang tidak sepatutnya keluar dari kalangan mereka, sedangkan Ismail Sabri adalah pemimpin kanan parti yakni Naib Presiden Kanan UMNO Malaysia dan juga Perdana Menteri hari ini.

Tapi apakan daya, mereka itu telah beremosi dan mengikut hawa nafsu yang mana amarah tidak dapat dikawal walhal ianya berkaitan sedikit isu mahkamah beberapa hari sebelum itu.

Ismail Sabri kelihatan tenang melayari kerenah ahli-ahli UMNO dimana beliau tahu akan situasi semasa yang ada ditambahkan lagi pelbagai desakan-desakan dalam dan luar partinya sendiri.

Walaupun begitu telah memberi satu gambaran gembira buat mereka dengan satu pengumuman peringkat dalaman yang mana kehendak mereka semua akan tertunai kali ini.

Tetapi ada sedikit kerisauan dalam diri naib presiden itu, adakah parti nya sudah cukup bersedia untuk melawan PN dan juga PH dalam PRU 15 nanti sedangkan mereka (PN+PH = PH++) telah membuat aku janji akan bekerjasama bagi menidakkan BN kembali mentadbir negara.

Menyeru kepada semua peringkat kepimpinan untuk menumpukan usaha memperkemaskan jentera di semua PDM dan cawangan.

Itu lebih baik dari kita saling melayan mainan persepsi musuh kita yang sentiasa mencari salah.

Perdana Menteri Dato' Seri Ismail Sabri diserang kerana beliau mepertahankan perlembagaan di dalam sistem pengasingan kuasa.

Kenapa beliau dihina, ini disebabkan beliau istiqamah mempertahankan sesuatu yang akhirnya memberikan kebaikan imej kepada UMNO dan BN.

TETAP LAH BEKERJA UNTUK RAKYAT 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.