EKONOMI RAKYAT PERLU DIUTAMAKAN, BUKAN JAWATAN TPM


KEPUTUSAN YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tidak melantik Timbalan Perdana Menteri buat masa sekarang adalah amat tepat.

Keberadaan menteri-menteri kanan dengan tugasan masing-masing dilihat lebih penting dan berkesan malah lebih bersasar kepada keperluan rakyat serta kepentingan negara.

Tuntutan jawatan tersebut amat tidak sesuai ketika ini kerana apa yang perlu difikirkan bahawa perut rakyat yang perlu diisi dan diberikan kehidupan yang lebih selesa sepelas pendemik kesihatan yang mana ditanggung hampir 2 tahun lalu.

Ini adalah bukti jelas bahawa Ismail Sabri mengutamakan rakyat dan negara melebihi kepentingan politik peribadi dan parti yang beliau wakili. Malah ini juga sebagai bukti bahawa PM Ismail Sabri tidak tunduk kepada desakan dalaman walaupun ianya datang dari parti politik yang turut berada di dalam kerajaan pimpinannya.

Bagi Ismail Sabri, agenda utamanya sebagai Perdana Menteri kerajaan Keluarga Malaysia adalah memastikan negara ini sentiasa berada di landasan yang betul dan rakyat yang masih terkesan dengan pandemik covid19 dapat dibela sepenuhnya.

Ketika negara masih di dalam fasa peralihan dari pandemik kepada endemik, perkara utama dan perlu dilakukan adalah memastikan agenda yang disusun berjalan seperti yang dirancang dan mengetepikan agenda peribadi seperti berebut jawatan.

Ismail Sabri berjaya menafikan fitnah jahat pencacai politik upahan selama ini kononnya beliau adalah Perdana Menteri Boneka.

Rakyat yakin halatuju Kerajaan Keluarga Malaysia berada tepat seperti yang direncanakan oleh Ismail Sabri dan bukannya kerajaan yang menghabiskan masa untuk berpolitik sepanjang masa.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.