HIMPUNAN Taklimat Presiden UMNO yang diadakan pada 27 ogos lalu di PWTC adalah satu himpunan yang sia-sia dimana dihadiri ribuan ahli UMNO seluruh Negara.
Kononnya pada himpunan tersebut, ahli-ahli yang
datang akan menerima satu gambaran berita yang baik namum semua tanggapan itu
hanya indah khabar dari bahasanya.
Ahli UMNO boleh membayangkan apa akan terjadi
selepas himpunan tersebut yang mana TIADA manfaat pun kehadiran mereka dan
hanya semata-mata bersorak ria mendengar ucapan yang telah diaturkan.
Mereka yang hadir adalah dari kalangan
ketua-ketua UMNO bahagian dan juga kepimpinan peringkat UMNO bahagian yang mana
mahu mendengar AMANAT yang disampaikan oleh Presiden berkenaan hala tuju UMNO
untuk mendepani piliharaya yang akan datang.
Bukan sahaja Amanat itu ditagih, malah
kesanggupan semua pimpinan bahagian hadir untuk menerima suntikan semangat bagi
menghadapi PRU yang lebih getir memandangkan UMNO BN akan berhadapan dengan
parti jauh lebih kaya dan berduit seperti Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan
Harapan (PH).
Isyarat yang salah telah dihantar kepada jentera
sendiri dan terutamanya kepada rakyat yang bakal memilih kerajaan.
Kepada ahli UMNO, pemimpin hari ini diperlihatkan
seperti tiada hala tuju untuk berhadapan dengan parti lawan di PRU akan datang.
Sepatutnya mereka menggunakan peluang terbaik
itu dengan memberikan semangat untuk bekerja kuat dan peluang kemenangan dengan
adanya perdana menteri dan menteri-menteri dari UMNO BN di dalam kerajaan.
Sebaliknya pemimpin utama UMNO mempersiakan
kehadiran yang di luar jangka ramainya hanya dengan laungan semangat ‘bubar
parlimen’. Tiada pengisian kecuali sketsa sedih dan emosi ‘BOSSKU KE PENJARA’.
Dari sudut rakyat, mereka melihat dengan jelas
‘perangai UMNO’ yang masih tidak berubah. Terjerit sawan inginkan supaya
parlimen dibubarkan segera sedangkan rakyat umumnya mengetahui bahawa perdana
menteri adalah dari UMNO BN dan sudah tentu parti ini mempunyai kelebihan untuk
bersedia lebih awal berbanding dengan parti lain.
Paling mengecewakan, cara pemimpin UMNO
memprovokasi ahli sendiri supaya tidak senang dengan perdana menteri adalah
salah sama sekali.
Kalau ahli UMNO yang hadir dipertontonkan
meremeh dan mencela perdana menteri, bagaimana UMNO ingin menarik rakyat untuk memilih
parti ini menjadi kerajaan kembali dengan lebih kukuh dan berintergriti?
Mempamirkan jasa Najib tidak salah tetapi
menggunakan isu ‘membebaskan’ Najib yang dihukum penjara sebagai modal kempen
pilihanraya adalah salah.
Musuh politik UMNO BN akan mudah mematahkannya
dengan melabelkan kerajaan di bawah UMNO BN bakal mempermainkan institusi
kehakiman dan undang-undang negara.
Kesannya, bukan sahaja menimbulkan rasa takutnya
rakyat tetapi pelabur luar akan melihat Malaysia bukan lagi destinasi yang
dijamin selamat untuk melabur.
Fikir-fikirkan lah….