ISMAIL SABRI DIYAKINI DAPAT MEMBAWA KEMENANGAN BESAR KEPADA BN PRU 15 NANTI


UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah cukup bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pilahanraya umum (PRU) 15 berlaku dan ianya disahkan dengan memperlihatkan kesiapsiagaan jentera parti disemua peringkat.

Keyakinan itu dikuatkan apabila kepimpinan UMNO Malaysia dan BN telah membuat ketetapan sebelum ini dengan menamakan Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai “Poster Boy” bagi parti BN dan UMNO.

Sejak berlakunya PRU sebelum ini, poster boy telah diumumkan terlebih dahulu dimana ianya salah satu punca pemlihan rakyat untuk membuang undi sekaligus memilih parti yang diyakini dapat membela mereka.

Kesilapan besar sebelum ini juga (PRU14) menjadi ikhtibar dan pengajaran berguna kepada rakyat Malaysia ketika itu dan ianya tidak akan diulangi dalam PRU 15 kali ini.

Apabila dilihat sejarah 22 bulan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) selama 16 bulan sudah tentu rakyat sudah membuat pilihan masing-masing apabila tibanya PRU 15 nanti.

Trek rekod kepimpinan BN menerajui Negara sejak 60 tahun lalu telah membuktikan bahawa tiada parti yang kosistem dan dominan dalam urusan membantu rakyat keseluruhannya dan ditambah dengan siri kejayaan dibawah Perdana Menteri dari BN kini (Simail Sabri) yang mana dilihat meneruskan perjuangan serta tradisi membela rakyat.

Dalam suasana kerajaan campuran hari ini, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Kanan UMNO, telah membuat beberapa keputusan diluar jangkaan yang mana sekaligus membantu rakyat menguruskan ekonomi dalam era endemik Covid19 (C19) setelah 2 tahun berada dalam kehidupan yang cukup kritikal.

Tidak sampai satu tahun Ismail Sabri mengalas tugas sebagai PM ke 9, beliau banyak melakukan tindakan membantu rakyat dimana dengan ketegasan serta kebijaksaan dan pengalaman beliau sebelum ini digunakan sepenuhnya bagi membantu rakyat ketika ini.

Dalam menghadapi PRU ke 15 nanti ketetapan parti BN dan UMNO sudah jelas dengan memberi harapan kepada Ismail Sabri untuk membawa kemenangan yang cemerlang kepada partinya dan ianya dibuktikan dengan langkah-langkah yang tepat diambil oleh beliau dalam tempoh tidak sampai satu tahu sebagai pemimpin no. 1 negara kini.

Beliau kini juga tidak terlepasa daripada adu domba, fitnah dimana merupakan senjata paling apuh untuk membunuh karektor seseorang dengan kemajuan teknologi hari ini yang mana dunia dihujung jari.

Tomahan dan fitnah yang dilaluinya bukan sahaja dari luar parti (pembangkang) namun ianya turut berlaku dari dalam partinya sendiri yang mana cuba merosakkan parti dari dalam secara terang-terangan kini.

Mana mungkin Ismail Sabri yang dinamakan “Poster Boy” untuk BN tetapi krektornyan dibunuh dari dalam BN itu sendiri.

Analoginya mudah, apabila kita ingin menjual sesuatu barang milik kita sudah pasti kita akan mempromosi tentang kebaikan barang yang kita ingin menjualnya dan bukan sebalik, promosi kebaikan barang itu agar dapat dijaul dengan baik dan harganya berpatutan.

Dengan adanya promoter keburukan itu makan barangan apapun tidak akan terjual dengan jayanya dan akan menjadi barangan terbuang akhirnya.

Maka ahli UMNO dna BN jual lah barang terbaik yang ada  kini yakni kebolehan Ismail Sabri dalam memacu Negara dengan kebijaksanaan dalam membuat sesuatu keputusan demi rakyatnya.

Dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi serta kekuatan keseluruhan kepimpinan yang ada agar dapa BN menguasai sepenuhnya kerajaan selepas PRU 15 nanti.

Cukup-cukuplah berperang sesame sendiri, yang ruginya ahli parti dan rakyat.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.