ISMAIL SABRI PILIHAN TEPAT UMNO DIANGKAT MENJADI PERDANA MENTERI

Tanggal 21 Ogos 2021 ketika YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah dan mengambil alih jawatan Perdana Menteri  daripada Muhyiddin Yasin serta  melancarkan konsep kerajaan Keluarga Malaysia ianya memberi gambaran yang jelas bahawa corak pentadbiran beliau mengutamakan kemakmuran rakyat dan memulihkan ekonomi negara di landasan yang sepatutnya akibat daripada kesan pandemik covid 19 yang melanda dunia dan juga negara.

Keberanian beliau di dalam membuat keputusan dengan mengenepikan kepentingan politik peribadi, Ismail Sabri dilihat berjaya menyakinkan rakyat dengan dasar Kerajaan Keluarga Malaysia adalah untuk seluruh rakyat yang berbilang kaum serta etnik dan bukan sahaja tertumpu kepada kemakmuran satu kelompok  tertentu sahaja.

Di awal pakej rangsangan pemulihan negara akibat pandemik covid19, Ismail Sabri mengumumkan segala bantuan disalurkan segera kepada seluruh rakyat bukan sahaja golongan berpendapatan rendah malah kepada pemilik gerai jalanan hinggalah kepada sektor sederhana.

Di dalam pakej pemulihan tersebut, tiada pihak yang ketinggalan. Semuanya mendapat bantuan dan manfaat dari Kerajaan Keluarga Malaysia.

Ketika musibah banjir buruk berlaku di Selangor, Kedah dan lain-lain negeri dan ketika itu sekiranya Ismail Sabri berada di luar negara atas urusan rasmi kerajaan, bantuan awal pasti akan menyusul sejurus insiden berlaku seperti mana banjir lumpur baru-baru ini di Baling, Kedah.

Selain itu juga, ketika lonjakan harga barang keperluan harian rakyat secara tiba-tiba  naik mendadak seperti harga ayam segar akibat ‘permainan’ kartel, Ismail Sabri membuat keputusan yang sangat berani serta drastik dengan memansuhkan AP impot ayam dengan tujuan mematikan langkah kartel dan juga orang tengah yang sentiasa memanipulasikan harga runcit ayam segar dan akhirnya keadaan tersebut dapat distabilkan di dalam masa yang singkat malah harga ayam tersebut juga lebih rendah dari harga siling yang ditetapkan hari ini.

Begitu juga dengan krisis bekalan minyak masak berpaket plastik 1kilogram dimana  Ismail Sabri dengan segera mewujudkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi. 

Pasukan ini bukan sahaja tertumpu untuk menyelesaikan isu penyeludupan minyak tersebut ke negara jiran tetapi ianya lebih kepada bagaimana Malaysia mengekang kadar inflasi yang akhirnya menjadikan negara ini antara yang terendah kadar inflasi berbanding dengan negara lain di dunia. 

Walaupun ada suara sumbang yang cuba merosakkan imej Perdana Menteri dengan fitnah liar dilemparkan, Ismail Sabri terus bekerja untuk rakyat dengan tenang, kurang bercakap dan menumpukan kepada setiap perancangannya menyebabkan rakyat boleh melihat siri kejayaannya di sepanjang beliau memimpin kerajaan Keluarga Malaysia. 

UMNO dan BN bertuah kerana Perdana Menteri dari parti itu yang berjaya mengeluarkan negara dari kemelut covid19 dan ketika ini terus memacu ekonomi kearah yang lebih stabil serta makmur. 

Dengan itu juga Ismail Sabri berjaya mengembalikan kepercayaan rakyat kepada partinya melalui kepimpinan yang dibuktikan oleh beliau dengan dasar Kerajaan Keluarga Malaysia dibawah pimpinannya.

Tidak salahlah ‘Top 5’ UMNO memilih Ismail Sabri sebagai calon tunggal UMNO BN sebagai Perdana Menteri bagi pilihanraya umum ke 15.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.