PERDANA MENTERI Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa tidak akan melakukan sebarang lantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) sehingga berakhir penggal ini kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian.
Kalau dilihat pada masa ini jawatan menteri-menteri kanan yang ada sudah cukup dan memadai serta telah memenuhi keperluan pentadbiran negara.
Menurut sumber Putrajaya, ketika ini negara sedang berhadapan dengan pelbagai krisis serta cabaran pada masa ini, maka Perdana Menteri mahu memberi sepenuh tumpuan kepada usaha-usaha memperkukuhkan ekonomi dan kebajikan rakyat.
“Jadi secara dasarnya memang lantikan bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak diperlukan buat masa ini dan sudah mencukupi dengan peranan menteri kanan yang amat penting dan lebih berkesan,”.
Jawatan TPM sememangnya tiada dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak menyebut secara jelas kewujudan jawatan Timbalan Perdana Menteri, sebaliknya pelantikan untuk jawatan itu.
Jawatan berkenaan hanya ada dalam Seksyen 6(1)(b) Akta Anggota Parlimen (Saraan) 1980, yang menyebut mengenai elaun Timbalan Perdana Menteri dan adalah di bawah budi bicara Yang di-Pertuan Agong atas cadangan Perdana Menteri.