NETIZEN sedia maklum bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia ke 6, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kini berdepan dengan keputusan akhir dalam kes bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta milik dana SRC International Sdn Bhd.
Pasukan peguam DS
Najib gagal memohon untuk memasukan bukti baru yang mana bukti tersebut juga
mengaitkan YA Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dimana secara langsung terlibat
dalam penubuhan syarikat tersebut semasa menjadi peguam di maybank.
Bukti-bukti itu sangat penting agar satu keputusan yang ADIL dapat diberikan kepada DS Najib dalam perbicaraan dan sekaligus mempengaruhi keputusannya kelak.
YAB
Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob tidak pernah mencampuri urusan
mahkamah berkaitan kes tersebut adalah langkah tepat dan ianya selaras dengan
perlembagaan negara berkaitan pengasingan kuasa di antara badan Pemerintah
(Eksekutif), Perundangan (Legislatif), Kehakiman (Judisiari).
Sebagai
seorang rakan, sahabat dalam perjuangan, PM Ismail Sabri tetap hadir memberi
sokongan moral kepada Najib Razak dalam satu pertemuan hari ini dimana
sabagaimana yang telah dilaporkan di media sosial.
Ini
akan mewujudkan sebuah bentuk penghormatan oleh rakyat dan negara-negara lain
kepada kerajaan semasa dan Malaysia khususnya. Sebelumnya negara ini dipandang
keji dan hina kerana amalan mencampuri urusan makhamah seperti mana amalan songsang
kerajaan Pakatan Harapan(PH) yang dipimpin Tun Dr. Mahathir Mohamad selama 22
bulan selepas PRU 14.
Terdapat
15 kes dalam perbicaraan mahkamah dan ada yang telah mencapai 70 peratus
sebutan kes telah digugur tanpa sebab dan alasan yang kukuh seperti mana kes
terowong Lim Guan Eng, kes fitnah Tabung Haji oleh Rafizi Ramli yang kini
Timbalan Presiden PKR.
Walaupun
demikianIsmail Sabri tetap memberikan sokongan moral kepada Najib sebagai rakan
seperjuangan namun tidak dalam konteks mempengaruhi makhamah sebagaimana yang
diamalkan dan diterapkan oleh Tun Dr Mahathir dan PH.
Jika
Ismail Sabri yang juga naib presiden kanan UMNO Malaysia mengulangi dan meniru
tindakan mereka, maka apa perbezaan UMNO Malaysia dan PH ataupun PN?
Sebagai
bekas seorang peguam sebelum ini, Ismail Sabri sudah pasti beliau sangat faham
akan tuntutan dan kehendak kedua-dua belah pihak yang mendakwa dan didakwa agar
proses perundangan berjalan selari dengan yang termaktub dalam perlembagaan
negara.
DS
Najib juga semasa menjadi PM pun beliau tidak mencampuri urusan makhamah
seperti membebaskan Anwar Ibrahim. Yang beliau lakukan hanyalah menjamin
hak-hak Anwar Ibrahim dipenuhi seperti jaminan keselamatan dan sedikit
keselesaan ketika berada di dalam penjara Sungai Buloh.
Marilah
kembali membina negara yang berdaulat dimana setiap badan menjalankan fungsi
dan peranan mereka selaras dengan ketetapan perlembagaan.
Jika
keadilan hanya mengikut ukuran kita semata-mata, maka keadilan tidak akan
pernah wujud.