KEBIJAKSANAAN, KETELUSAN, KEBERANIAN PM DITERJEMAHKAN MENJADI POSTER BOY BN PRU15


Nampaknya musuh UMNO BN berjaya menggunakan isu Najib dihukum penjara untuk mewujudkan suasana tidak tenteram di dalam parti.

Sejak dari awal perbicaraan lagi kes Najib Razak dijadikan modal oleh musuh UMNO samada dari dalam atau luar untuk melaga-lagakan ahli UMNO di seluruh peringkat terutama sesama pemimpin.

Kejayaan musuh apabila ahli UMNO mula pudar kepercayaannya kepada pemimpin termasuklah menimbulkan rasa tidak senang kepada Perdana Menteri yang datangnya dari UMNO itu sendiri.

Kini naratif baharu yang mereka cuba mainkan adalah UMNO BN tidak perlu meletak Perdana Menteri sebagai ‘Poster Boy’. Bagi mereka, cukuplah dengan logo Barisan Nasional sebagai simbol untuk berkempen.

Tindakan yang dilihat begitu terdesak ini berlaku sebaik sahaja Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah. Alasan mereka cukup mudah, Perdana Menteri tidak ingin membantu Najib dengan mencampuri urusan mahkamah. Ini adalah alasan yang tidak masuk akal kerana rakyat akan menilai betapa buruknya Perdana Menteri dari UMNO BN yang mengganggu urusan mahkamah.

Pencacai cuba memesongkan fakta. Hakikatnya ‘Poster Boy’ adalah bukti betapa sesebuah parti politik itu matang. Mereka begitu yakin bahawa calon yang mereka ketengahkan sebagai Perdana Menteri sekiranya menang pilihanraya umum adalah calon yang terbaik untuk memimpin rakyat dan negara.

Dari awal lagi rakyat terutamanya pengundi boleh menilai batang tubuh bakal Perdana Menteri dengan berpandukan rekod pencapaian calon tersebut.

Adakah UMNO BN ingin persiakan peluang terbaik ketika ini apabila Ismail Sabri telah berjaya melalui ujian sebagai Ketua Pembangkang, Menteri Kanan, Timbalan Perdana Menteri dan akhirnya Perdana Menteri.

Sepanjang perjalanan tersebut, adakah Ismail Sabri gagal?

Kerana kemampuan memimpin rakyat dan negaralah maka Majlis Kerja Tertinggi UMNO melalui Biro Politik, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri seluruh negara dan ‘Top 5’ bersetuju dengan sebulat suara bahawa ‘Poster Boy’ dan calon perdana menteri dari UMNO BN adalah Ismail Sabri.

Adakah UMNO BN ini dicorakkan oleh golongan atau individu yang ada kepentingan politik peribadi atau macai?

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.