KERAJAAN KELUARGA MALAYSIA MELONJAKKAN KDNK MALAYSIA DENGAN KADAR PERTUMBUHAN 8.9% DAN TERTINGGI DI DALAM NEGARA ASEAN


TIDAK sampai satu tahun Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil tapuk pentadbiran Putrajaya sebagai Perdana Menteri daripada Tan Sri Mahiaddin Yassin dari Parti Pribumi Bersatu Malysia(PPBM) sebagaimana diketahui umum telah gagal membawa Malaysia keluar dari masalah yang besar (krisis kesihatan dan ekonomi) selama 16 bulan mentadbir Negara.

Kini terbukti dengan hasil kerja kuat YAB Perdana Menteri (PM) Ismail Sabri satu kejayaan yang besar dicapai hari ini  dengan laporan prestasi terkini bagi suku kedua Keluaran Dalam Negara Kasar tahun 2022 (KDNK) telah membuktikan bahawa Kerajaan Keluarga Malaysia berjaya mengeluarkan Malaysia dari kesan pandemik covid 19 dengan kadar yang ‘menakjubkan’.

Dengan kadar pertumbuhan 8.9%, Malaysia berada di kedudukan pertama berbanding dengan negara ASEAN lain yang turut mengalami kesan virus yang sama.

Sebelum ini kegagalan Mahiaddin dalam menguruskan krisis COVID-19 (C19) dengan mengadakan darurat kesihatan dengan perbelanjaan wang Negara yang cukup besar (RM 600 billion) untuk tujuan tersebut telah gagal mengeluarkan Malaysia dari masalah tersebut.

Jadi keseluruhan rakyat tertanya-tanya, KEMANAKAH wang RM 600 billion itu dibelanjakan?

LINK : https://www.utusan.com.my/berita/2021/05/dana-rm600-bilion-pun-masih-tak-dapat-tangani-wabak-dr-mahathir/

ADAKAH wang tersebut disalah gunakan untuk kepentinagan peribadi dan juga politik Mahiaddin (PPBM) dimana beberapa siri PRK dan PRN parti itu berbelanja besar semasa kempen tersebut. 

LINK : https://twitter.com/malaysiagazette/status/1497743373746147333

Setelah kegagalan tersebut maka gabungan parti kerajaan pengkhianat (Perikatan Nasional-PN) diminta oleh UMNO untuk berundur dan seterusnya melantik PM baru bagi memacu Negara untuk keluar daripada pendamik sekaligus melonjatkan ekonomi Negara.

Barisan Nasional (BN) sebulat suara memilih Ismail Sabri menjadi PM pada 21 Ogos 2021 dan kini pilihan itu sangat tepat dan member hasilnya yang terbaik dengan mengeluarkan Malaysia dari pendamik C19 dan juga berjaya mamacu ekonomi  dengan kadar pertumbuhan 8.9%, Malaysia berada di kedudukan pertama berbanding dengan negara ASEAN lain yang turut mengalami kesan virus yang sama.

Alhamdulillah….

Kebolehan dan keupayaan Ismail Sabri yang juaga Naib Presiden Kanan UMNO Malaysia dalam memimpin Negara serta dibantu oleh menteri-menteri kanan daripada BN yang mana sentiasa melihat kepentingan rakyat adalah keutamaan pentadbiran Keluarga Malaysia.

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 9 Ogos yang lalu, angka pengangguran kini menurun kepada 3.8%.

Ini membuktikan tuduhan liar sesetengah pihak yang berkepentingan politik adalah tidak betul dan mengelirukan rakyat.

Malah ketika Ismail Sabri mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri, peningkatan rakyat yang bekerja adalah sebanyak 400,000. Ini juga antara bukti kejayaan Kerajaan Keluarga Malaysia melaksanakan program pemulihan ekonomi negara seperti yang dirancang.

Pengangguran di Malaysia meningkat kepada 772,900 orang pada kadar 4.8 peratus pada Disember 2020, demikian menurut perangkaan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

LINK 1 : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/02/784288/kadar-pengangguran-di-malaysia-meningkat

LINK 2 : https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/5_Gallery/2_Media/4_Stats%40media/4-Press_Statement/2021/KENYATAAN%20MEDIA%20LAPORAN%20TENAGA%20BURUH%202020.pdf

 

 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.