KES SRC : APA YANG MAHU DIBUKTIKAN LOKMAN ADAM DENGAN MENYERANG PM?


INDIVIDU yang bernama Lokman Adam antara yang aktif membuat "live" kononnya mempertahankan Dato’ Seri Najib Razak didalam media sosial (FB). Beliau secara langsung menyalahkan sesiapa sahaja yang tidak sependapat dan tidak bersamanya dalam memperjuangkan sesuatu isu yang kini Isu mahkamah DS Najib Razak.

Persoalannya betulkah tindakan beliau tersebut.

Sebelum ini DS Najib telah menyatakan bahawa dirinya mahukan perbicaraan yang adil. Beliau tidak pernah minta kes digugurkan dan akan terus berjuang untuk membersihkan nama yang mana telah dicemarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dalam menguruskan sistem keadalian negara.

Namun Desakan yang dibuat oleh Lokman Adam terhadap Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob seolah-olah DS Najib mahu kesnya digugurkan  dan ianya telah memberi gambaran bahawa PM lembik dan tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menarik kes yang sedang berlangsung ini.

Najib bertegas mahu membersihkan nama beliau melalui proses perundangan yang adil dan tidak pernah DS Najib meminta dengan apa cara sekali pun supaya kesnya digugurkan.

Adakah Lokman Adam tidak memahami kehendak DS Najib dan cuba tonjolkan diri seperti seorang yang pakar di dalam bidang perundangan.

Cara Lokman Adam mendesak PM supaya campurtangan di dalam kes Najib Razak bukan sahaja cuba merosakkan institusi perundangan negara malah akan merosakkan maruah parti UMNO sendiri.

Secara tidak langsung, rakyat akan mendapat persepsi negatif terhadap parti UMNO.

Mereka diberi gambaran yang salah yang UMNO sebuah parti politik yang meremehkan undang-undang negara dan memperlekehkan kedaulatan undang-undang.



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.