LCS : PM TELUS DAN BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TEGAS


PERDANA MENTERI YAB Dato’ Seri Ismail Sabril Yaakob semalam menegaskan bahawa sesiapa yang melakukan kesalahan diatas isu Littoral Combat Ship (LCS) ini tidak akan dilindungi oleh kerajaan.


Beliau turut menyarankan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk segera melakukan siasatan berkaitan isu ini dan member jaminan kepada Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) untuk mendedahkan hasil siasatan tersebut.

Katanya lagi Laporan Pengauditan Forensik Projek LCS yang dijalankan pada tahun 2019 dicadangkan dinyahklasifikasikan (declassify) untuk makluman rakyat Malaysia khasnya.

Ketegasan dan keberanian beliau dalam isu ini memperlihatkan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan yang beliau pimpin ketika ini dan apabila didapati bersalah pihak kerajaan tidak akan campur tangan dan membela mereka yang mana telah mengkhianati kepercayaan rakyat.

Ismail Sabri mengambil alih tapuk pimpinan negara hampir setahun lalu daripada mereka yang banyak melakukan kerosakkan selepas pilihanraya umum (PRU) ke 14 lalu dibawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan juga Perikatan Nasional (PN).

Kini UMNO perlu fokus untuk menang PRU-15, ianya perlu jadi matlamat utama udan hanya satu-satunya tujuan ketika ini.  Sebarang perkara yang boleh menyumbang pada kekalahan perlu diletak tepi. 

Isu kapal tempur pesisir pantai (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjadi bahan propaganda yang dimainkan oleh PH dan PN.

Perkara itu diputuskan selepas ia dibincangkan secara terperinci dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

Jemaah Menteri telah memutuskan untuk menggesa SPRM menyegerakan siasatan dan sekiranya terdapat bukti kukuh, (Jabatan) Peguam Negara hendaklah membuat pendakwaan dan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

PM bertindak cekap dan tuntas dengan memanggil Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki selepas Mesyuarat Jemaah Menteri untuk segera bertindak selaras dengan keputusan mesyuarat.  Beliau tidak membuang masa dengan membiarkan isu ini tergantung begitu sahaja.


Malah JKSTUPKK yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dibenarkan untuk disiarkan kepada umum. Ini merupakan antara langkah berani PM yang perlu kita puji. 


Rakyat berhak tahu keadaan sebenar.

Kementerian Pertahanan (Mindef) juga telah mengesahkan akan memberi kerjasama penuh kepada semua badan berkuasa yang melakukan siasatan berhubung isu perolehan LCS.

Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata kerjasama itu termasuk kepada badan siasatan seperti SPRM, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), JKSTUPKK serta Audit Forensik.


Dalam masa yang sama Panglima Tentera Laut turut mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini. Panglima tentera laut ke-16, Laksamana Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, pelancaran dan penamaan sesebuah kapal perang sebelum ia siap dibina sepenuhnya adalah amalan dan tradisi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


Perkara ini merungkai salah faham yang disebarkan dalam media sosial sejak kebelakangan ini.

Tindakan pantas PM Ismail Sabri, Hishamuddin dan Panglima Tentera Laut ini sememangnya tepat pada masanya bagi mengelakkan salah faham akibat fitnah yang ditabur oleh PH dan PN.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.