LOKMAN Adam perlu berhenti memainkan persepsi dan menghasut rakyat serta ahli UMNO dalam kes Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mana telah membuat tuduhan jahat kepada YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam isu kes mahkamah yang sedang dihadapi DS Najib.
Tidak
perlu lah orang-orang seperti Lokman Adam yang berkali-kali telah melakukan
subjudice untuk menghasut da mengajarkan fahaman yang salah kepada ahli-ahli
UMNO.
Hanya
sebagai ingatan mesra, Lokman Adam telah diberikan AMARAN TERAKHIR untuk tidak
bertindak diluar garis yang ditetapkan, tidak melakukan subjudice dan lain-lain
perkara yang menyalahi undang-undang.
Beliau
tanpa segan dan malu dengan cara terbuka meletakkan kesalahan kepada PM Ismail
Sabri kerana tiada campur tangan PM dalam kes perbicaraan akhir DS Najib.
Berkali-kali
menyerang PM dengan cara tersebut demi meraih simpati rakyat dan ahli UMNO
dengan hanya satu tujuan dan habuan
serta laba politik yang tidak berkesudahan.
Ketika
beliau menyerang Presiden UMNO Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamid dengan cara yang
sama mengunakan media sosial menghentam presiden dan akhirnya dibeliau dibuang
menjadi ahli UMNO dan juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) apabila didapati
bersalah oleh Lembaga Displin UMNO.
Kini
beliau kembali dengan cara yang sama membuat adu domba dan serangan terhadap PM
Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Kanan UMNO kini dan seharusnya berhenti
berbuat demikian.
Dalam
kes DS Najib ini, beliau tidak meminta kesnya diselesaikan dengan segara akan
tetapi mahu kesnya dibicarakan dengan seadil-adilnya dan tanpa campur tangan
politik sepertimana berlaku semasa PH mentadbir Negara selama 22 bulan.
Akibat
campur tangan itulah system perundangan Negara berada dalam krisis kepercayaan
rakyat dan juga luar Negara.
Ismail
Sabri tidak pernah mencampuri urusan mahkamah berkaitan kes tersebut adalah
langkah tepat dan ianya selaras dengan perlembagaan negara berkaitan
pengasingan kuasa di antara badan Pemerintah (Eksekutif), Perundangan
(Legislatif), Kehakiman (Judisiari).