KENYATAAN Ketua Penerangan PPBM Wan Saiful Wan Jan berhubung kononnya YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob seperti ‘mengelak’ untuk bertemu dengan wakil PPBM iaitu Hamzah Zainuddin, Takiyuddin Hassan, Ahmad Samsuri Mokhtar dan Azmin Ali minggu lalu dinafikan sendiri oleh Naib Presiden PPBM Dr Ronald Kiandee sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Malah Ismail Sabri menjelaskan ada berjumpa
dengan dua wakil Perikatan Nasional (PN) iaitu Hamzah dan Samsuri, Menteri
Besar Terengganu yang juga Bendahari Perikatan Nasional.
Ismail Sabri turut menegaskan kenyataan kononnya
PN akan menarik balik terhadap Kerajaan Keluarga Malaysia adalah lebih bersifat
peribadi dan bukannya datang dari keputusan parti.
Ekoran itu kenyataan yang dibuat oleh Wan Saiful
itu bersifat “peribadi’ dan tidak mewakili PN ataupun PPBM. Ianya perkara yang
memalukan apabila ‘terkantoi’ akibat merekayasa kenyataan berbaur ugutan dan
beliau dengan segera menukar kenyataan berhubung pertemuan PM Ismail Sabri dan
wakil PPBM.
Apakah Wan Saiful begitu terdesak mengejar nama
supaya dicalonkan pada pilihanraya umum ke 15 dan jika menang akan menjadi
menteri?
PM Ismail Sabri dengan tegas, beliau tidak ada
pilihan untuk bubarkan parlimen sekiranya ada pihak yang menarik sokongan
terhadap kerajaan pada hari ini.
PM Ismail Sabri menjelaskan perkara tersebut kepada wartawan sempena Hari Keluarga Malaysia peringkat negeri Sarawak dan turut berada bersamanya ketika membuat kenyataan tersebut adalah Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang juga Naib Presiden PPBM Dr Ronald Kiandee.