RAKYAT sedang memerhatikan setiap gerak geri ahli politik Malaysia masa ini dan kebolehan seorang Perdana Menteri menguruskan negera disaat pelbagai krisis yang berlaku selepas pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) 2018 yang lalu.
Satu sejarah negara berlaku apabila parti yang mentadbir negara sejak 60 tahun lalu tumbang dek kerana fitnah dan janji-janji pilihanraya yang tidak masuk diakal.
Nyata kekalahan Barisan Nasional (BN) memberi tamparan hebat kepada seluruh rakyat kerana selama 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah kehidupan rakyat boleh dikatakan berada dalam keadaan yang tidak harmoni.
Apa yang dituntut rakyat ketika itu kepada kerajaan PH adalah janji-janji mereka semasa PRU 14 berlangsung dimana diantaranya pemansuhan hutang PTPTN, penurunan harga minyak, penurunan harga barang dan lain-lain dimana satu pun tidak pernah ditunaikan mereka.
Selepas itu, serpihan PH iaitu PPBM keluar dari PH (khianat) dan membentuk gabungan baru bersama ahli parlimen BN dan Pas yang diberi nama Perikatan Nasional (PN) yang mana tidak banyak mengubah lanskap politik serta ekonomi negara.
Ketika itu juga selama 16 bulan dibawah pentadbiran Perdana Menteri (PPBM) Muhyiddin Yasin, negara berada dalam lembah kehancuran ekonomi dan kesihatan apabila beliau membuat DARURAT kesihatan selama tempoh 6 bulan sekaligus menghancurkan ekonomi negara secara total.
Semasa Darurat itu berlangsung, kehidupan rakyat semakin teruk dan adanya kes-kes kematian dan bunuh diri kerana kesengsaraan kehidupan yang ditanggung rakyat ketika itu kerana darurat.
Muhyiddin GAGAL menguruskan negara, sedangkan perbelanjaan wang negera begitu banyak dibelanjaka akan tetapi hasilnya rakyat terus menderita dan berada dalam keadaan yang tidak harmoni.
Selepas itu ada desakan dari rakyat dan kepimpinan negara untuk Muhyiddin berundur agar keadaan serta krisis ketika itu dapat dipulihkan dengan nafas baru dan segar dari seorang perdana menteri yang lebih berpengalaman dalam menguruskan rakyat.
Maka pada 21 Ogos 2021, seorang perdana menteri dari UMNO dilantik menjadi PM ke 9 negara iaitu YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden Kanan UMNO Malaysia.
Dalam tempoh hampir satu (1) tahun pentadbrin Ismail Sabri menguruskan negara beberapa langkah yang diambil beliau member impak yang sangat positif kepada rakyat dan juga negara.
Dasar yang diperkenalkan dengan slogan KELUARGA MALAYSIA banyak membantu negara serta rakyat untuk terus bangkit dari krisis kesihatan dan juga ekonomi serta politik negara.
Ditambah dengan
kecelaruan ideologi politik yang tidak berkesudahan maka kerajaan pimpinan
Ismail Sabri memulakan langkah yang tepat dengan mengadakan MoU bersama parti
pembangkang dimana ianya untuk kesejahteraan rakyat dan juga politik.
Selesai beberapa
perkara, beliau terus melangkah dengan JIHAD EKONOMI yang mana dengan tegas
menghapus dominasi AP pembekalan kepada taikun-taikun besar sebelum ini dan
ianya berjaya diterjemahkan sehinggakan kadar penurunan harga menjadi realiti.
Dan hari ini kita
semua dapat melihat apa yang dilakukan Ismail Sabri hanya untuk kesejahteraan
kehidupan rakyat dan pemulihan ekonomi negara yang kini berada dilandasan yang
sangat baik dalam tempoh 4 tahun ini.
Beberpa minggu lalu
juga ada desakan terhadap Ismail Sabri agar melantik Timbalan Perdana Menteri
(TPM) dari Perikatan Nasional yang mana katanya ada perjanjian dibuat sebelum
Ismail Sabri dilantik menjadi PM.
Ketika ini negara
sedang berhadapan dengan pelbagai krisis serta cabaran maka Perdana Menteri
mahu memberi sepenuh tumpuan kepada usaha-usaha memperkukuhkan ekonomi dan
kebajikan rakyat.
Jadi secara
dasarnya memang lantikan bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak diperlukan
buat masa ini dan sudah mencukupi dengan peranan menteri kanan yang amat
penting dan lebih berkesan.
Semua pihak perlu
bergerak bersama PM untuk selesaikan permasalahan rakyat, bangunkan ekonomi dan
bukan masa untuk berebut jawatan. Perkara ini sudah tentu mendapat sokongan
dari akar umbi UMNO yang melihat keperihatinan PM dalam membuat keputusan
penting.
USAH lagi
berpolitik... jagalah perut rakyat.. ianya perlu diutamakan dari melantik TPM
baharu.