SATU TAHUN, PELBAGAI KEJAYAAN DASAR KELUARGA MALAYSIA UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA


KEJAYAAN terbesar Kerajaan Keluarga Malaysia dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menstabilkan suhu politik negera dan demi kesejahteraan rakyat Malaysia dengan tegas membawa pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2022 berkaitan Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat.

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/07/parlimen-ruu-anti-lompat-parti-lulus-2-3/

Memimpin negara selama hampir satu tahun bermula 21 Ogos 2021 lalu, beliau tidak menoleh kebelakang lagi apabila melihat rakyat terus terhimpit dengan pelbagai masalah dan ketika itu menghadapi krisis kesihatan yang teruk dalam sejarah negara (Covid 19).

Ditambah dengan kecelaruan ideology politik yang tidak berkesudahan maka kerajaan pimpinan Ismail Sabri memulakan langkah yang tepat dengan mengadakan MoU bersama parti pembangkang dimana ianya untuk kesejahteraan rakyat dan juga politik.

Selesai beberapa perkara, beliau terus melangkah dengan JIHAD EKONOMI yang mana dengan tegas menghapus dominasi AP pembekalan kepada taikun-taikun besar sebelum ini dan ianya Berjaya diterjemahkan sehinggakan kadar penurunan harga menjadi reality dan sejarah negara.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/971237/kabinet-bentuk-pasukan-khas-jihad-tangani-inflasi

Mengakhiri satu tahun pentadbiran negara dengan dasar #KeluargaMalaysia dibuktikan kejayaan membentang kan RUU Anti Lompat Parti dan diterima dengan baik setelah 3 kali bacaan di dewan rakyat dengan 2/3 majoriti menyang dengan 209 ahli dewan rakyat dan 11 tidak hadir bersebab kecuali berberapa ahli dewan termasuk Ahli Parlimen Marang, Terengganu tidak hadir (tidak bersebab).

RUU itu akan dibentangkan kembali di Dewan Negara dan akan diwartakan selepas itu dan ianya telah berkuatkuasa pada 28 julai lalu.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.