REALITI rakyat dan ahli UMNO sudah bosan dengan permainan, tomahan, tuduhan beberapa orang yang kononnya berjuang untuk parti UMNO dan mereka sebenarnya tidak sedar bahawa tindakan mereka merosakkan UMNO dari dalam.
Musuh-musuh
politik UMNO sebelum ini tidak berjaya meruntuhkan, merosakkan, menjahanamkan
UMNO dari luar parti akan tetapi apabila menggunakan orang-orang dalam UMNO
iannya lebih mudah untuk melakukannya.
Ramai
yang sudah bosan dengan kenyataan-kenyataan yang dilemparkan oleh Lokman Adam
yang mana dahulu adalah orang kuat Anwar Ibrahim. Perlukah mereka mendengar dan
melayan fitnah dan tohmahan tersebut.
Mereka
dapat menilai yang mana betul dan yang mana tidak. Sebenarnya mereka sudah
tidak percaya tohmahan Lokman tersebut. Tindakan beliau menyerang presiden
parti yang ada hari ini siang dan malam sebelum ini turut dipertikaikan.
Lokman
perlu memohon maaf kepada seluruh ahli UMNO kerana menyerang presiden. Ironinya
kini beliau mendakwa kononnya menjadi orang presiden. Apakah agenda Lokman
sebenarnya?
Menurut
sumber, Lokman secara nyata bercakap dan merayu MKT dan pucuk pimpinan umno
menarik balik keputusan memecat beliu sebelum ini agar beliau boleh bertanding
dalam pemilihan UMNO dalam kadar segera (pemilihan akan datang) Apa maksudnya
memaksa MKT menarik balik pemecatan beliau?
1.Setiap
tuduhan yang dibuat terhadap presiden sebelum ini adalah benar.
2.
Jika MKT menarik balik keputusan tersebut maka UMNO sedang menelan bulat
seorang ahli dan MKT UMNO yang jelas menjadi tali barut kepada musuh UMNO untuk
menghancurkan umno dr dalam umno
3.
Persoalannya kenapa tiba-tiba Lokman menjadi orang presiden? Adakah kerana mahu
pemecatan beliau ditarik balik atau kerana cita-cita untuk bertanding jawatan
penting dalam UMNO dan hancurkan UMNO seperti membawa UMNO kepada Anwar?