MENGELABAH dan terkena sawan teruk nampak macai-macai upahan politik apabila terkini mereka melancarkan kempen hastag ABIS, Asal Bukan Ismail Sabri.
Kumpulan pemakan dedak ini melihat isu Najib dihukum penjara adalah modal terbaik untuk memecahbelahkan UMNO BN sebelum berlakunya pilihanraya umum ke 15.
Macai akan berusaha memastikan UMNO BN akan kalah lagi sekali di pilihanraya umum ke 15. Bagi macai upahan dedak ini, Ismail Sabri adalah ancaman kepada mereka sekiranya UMNO BN menang di PRU ke 15 nanti.
Strategi ‘Kuda Trojan’ macai mudah dibaca. Mereka menyerang kepimpinan UMNO BN dengan alasan ingin ‘menegur’ pemimpin tetapi mereka lupa, parti UMNO ada menyediakan saluran untuk memberi cadangan dan teguran demi kebaikan parti. Kenapa macai memilih untuk bersiaran di medium internet yang boleh ditonton oleh seluruh rakyat? Jawabnya mudah, macai melakukan serangan jahat tersebut atas arahan ‘boss’ yang membayar mereka.
Kalau betul berjuang untuk UMNO BN, peluru yang ada perlu disasarkan kepada musuh UMNO dan bukannya menjadikan Perdana Menteri dan pemimpin UMNO yang lain sebagai sasaran.
Di saat menghampiri pilihanraya umum ke 15, macai memberi fokus untuk merosakkan UMNO BN dan bukannya untuk memberikan kemenangan.
JANGAN SAMPAI UMNO DAN BN TERSUNGKUR TERUK PRU 15 NANTI?