SEMALAM tular di media sosial petikan ucapan Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob yang berkaitan pembubaran parlimen yang telah diucapkan dalam satu majlis dikawasannya Parlimen Bera.
Beliau
yang juga Naib Presiden Kanan UMNO Malaysia antara TOP 5 yang memutuskan satu
keputusan yang besar didalam musyawarah UMNO dan semestinya sebulat suara
dengan keputusan majoriti ahlinya.
Ismail Sabri jikalau diperhatikan selama ini adalah seorang yang tajam pemikirannya dan dapat membaca gerak geri politik dan juga bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan berkaitan politik dan dasar kerajaannya KELUARGA MALAYSIA.
Pada
tarikh ini 21 ogos genaplah satu tahu Ismail Sabri menjadi perdana menteri Malaysia
yang ke 9 dan ianya datang dari parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mana
mengambil alih tapuk pimpinan negera setelah kegagalan PM sebelumnya
menguruskan negara.
Kegagalan
PM ketika itu menguruskan Covid 19 (C19) dimana telah merencatkan ekonomi
negara sekaligus melibatkan rakyat berada dalam krisis kesihatan yang lama
dengan mengadakan darurat yang tidak dapat menyelesaikan permasalahan tersebut.
6
bulan berada dalam darurat kesihatan dan telah membelanjakan beratus billion
wang rakyat untuk tujuan tersebut kononnya dan akhir menemui kegagalan dalam
menguruskan perbelanjaan sebanyak RM 600 billion yang telah diperuntutkan
ketika itu.
PERSOALANNYA,
kemana duit tersebut dibelanjakan oleh kerajaan Tan Sri Mahiaddin Yasin ketika
itu?
LINK : https://www.malaysia-hot.com/2022/08/wang-darurat-rm-600-billion.html
Kini
dibawah PM Ismail Sabri, kerajaan tidak memerlukan dana ratus billion ringgit
untuk meningkat prestasi ekonomi negara dan kesejahteraan kehidupan rakyat
dengan beberapa kejayaan yang telah dicapai dalam tempoh satu tahun pentadbiran
nya.
Ekonomi
negara berkembang 8.9 peratus bagi suku kedua tahun ini yang merupakan yang
terbaik di Asia Tenggara. Pertumbuhan pesat itu adalah hasil daripada keputusan
kerajaan untuk membuka semula semua sektor ekonomi dan sempadan negara, yang
seterusnya memulihkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia.
Kadar pengangguran turun kepada 3.8 peratus daripada 4.3 peratus sebelumnya.
Jumlah
perdagangan luar melebihi RM2 trilion pada 2021 -- kadar pertumbuhan terpantas
sejak 1994 dan pada Jun 2022, perdagangan luar meningkat 43.3 peratus tahun ke
tahun kepada RM270.4 bilio, pertumbuhan
dua angka selama 17 bulan sejak Februari 2021.
Rakyat sebagai saksi. PM Ismail Sabri merancang dan melaksanakan pakej pemulihan ekonomi rakyat dan negara secara terbuka dan telus serta tiada agenda tersembunyi;
1.
Perlaksanaan program vaksin secara besar-besaran yang begitu teratur.
2.
Pembukaan sektor ekonomi domestik yang dibuat secara berhati-hati dan
berperingkat dengan garis panduan pematuhan SOP yang tersusun dan berjadual.
3.
Pembukaan sempadan negara untuk menghidupkan semula jalinan pelaburan luar
supaya ekonomi negara kembali kepada landasan yang sepatutnya.
3.
Mengawal selia dengan tegas impak daripada pandemik terhadap harga barangan
keperluan rakyat dengan mengekang kartel yang selama ini bermaharajalela
menindas rakyat dengan ‘permainan’ menetapkan harga barang.
Buat
pertama kalinya dalam sejarah negara, Perdana Menteri memutuskan tiada lagi AP
impot ayam dan barangan keperluan harian yang lain.
Juga
pertama kali di dalam sejarah negara, Perdana Menteri mengarahkan agar
menghentikan ekspot ayam supaya kartel ‘mati langkah’ untuk terus menekan
pengguna.
4.
Kejayaan mengawal inflasi dengan menubuhkan Pasukan Khas Jihad Ekonomi.
Pemantau dekat dan bersasar dan ini juga tidak pernah berlaku sebelum ini.
5.
Negara berjaya bangkit apabila jumlah peningkatan rakyat yang bekerja adalah
lebih daripada 400,000 orang. Maka hasilnya angka pengangguran menurun di bawah
paras 3.8%. Malah ianya memberi impak yang amat positif terhadap lonjakan
ekonomi negara apabila kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
8.9% telah meletakkan Malaysia di tempat pertama antara negara ASEAN.
Kesemua
ini tidak akan mampu dicapai oleh Kerajaan Keluarga Malaysia sekiranya negara
tidak stabil dari segi politiknya.