VIDEO : PAS TERENGGANU GAGAL MELAKSANAKAN MANIFESTO PRU 14


Bersungguh benar PAS dan Bersatu menyerang Ketua Penerangan UMNO dalam isu manifesto kerajaan negeri Terengganu. Walhal kedua pihak sebenarnya tidak menjawab langsung 2 persoalan asas yang dikemukakan oleh Sdr Shahril Sufian iaitu:

i. Manifesto itu tidak pernah selesai 100%

ii. Manifesto yang selesai kebanyakannya adalah penerusan dasar kerajaan BN sebelum 2018.

Sebagai contohnya, PAS melalui kenyataan balas lemah mereka mengatakan bahawa PAS memberikan lebih banyak tanah lot kepada rakyat sejak 2018. Tetapi hakikatnya, UMNO telah lebih awal memberikan tanah lot kepada rakyat. Contohnya antara 2008 - 2011, sebanyak 5,167 lot melalui 64 skim RTB telah dianugerah kepada rakyat. 


Sedangkan manifesto sebenar PAS adalah MEMASTIKAN SEMUA RAKYAT TERENGGANU berumur lebih 21 tahun memiliki lot tanah atau rumah. Adakah ia telah tercapai? Jawapannya jauh panggang dari api! Jadi bagaimana Pengerusi PN dan PAS boleh menunjukkan muka tak malu kononnya mereka dah selesaikan semua manifesto?

Begitu juga tidak ada pihak pun antara mereka yang berani menafikan bahawa manifesto lain seperti karnival kahwin, bantuan lesen motorsikal, pembinaan pusat dadah holistik, air percuma sebenarnya sudah dibuat pada zaman BN. Kenapa tak berani langsung sentuh? Adakah takut kantoi meniru kerja orang lain?

Isu paling nakal adalah kononnya tanah rizab Melayu adalah kecil pada zaman BN. Sedangkan hakikatnya Terengganu mempunyai Tanah Pegangan Melayu (TPM) yang setara dengan Tanah Rizab Melayu. TPM di Terengganu meliputi 62% daripada keseluruhan 1.275 juta hektar tanah negeri. 

 Atas sebab itu Exco Kerajaan Terengganu YB Satiful Bahri Mamat sendiri mengatakan bahawa isu tanah rizab ini sebenarnya bukan isu besar pun di Terengganu. (Rujuk: https://m.malaysiakini.com/news/490569). Maka adakah Pemuda PAS Terengganu hari ini nak mempertikaikan Exco kerajaan mereka pula?

Manifesto seterusnya adalah manifesto membina bandar lestari di setiap daerah. Ini sebenarnya manifesto yang tak pernah dilaksanakan dan sebenarnya paling tak munasabah untuk dilaksanakan

Sebuah bandar mesti memiliki sekurang-kurangnya 10 ribu penduduk atau 2000 buah rumah. Atas jumlah ini sahaja, anggaran GDV (Gross development value) untuk perumahan bandar baru ini akan bernilai sekurang-kurangnya RM400 juta. Ditambah kemudahan lain bagi menjadikannya bandar lestari seperti sekolah, masjid, pusat komuniti, taman, pusat pendidikan, pusat perniagaan, jalan, kemudahan sukan maka kos pembinaannya senang-senang boleh mencecah RM700 juta bagi setiap bandar

Dengan 8 daerah, kos pembinaan bagi menunaikan manifesto ini sahaja akan mencecah RM5.6 bilion. Sekarang cuba tanya orang Terengganu, bandar baru mana yang dah siap? Bandar baru mana yang dah didirikan sebatang tiang? Malah bandar baru Mak Lagam Kemaman itu pun kita tahu sekadar tinggal pelan sahaja sebab tidak mungkin dapat dilaksana.

Maka bagaimana Menteri Besar PAS boleh memberi maklumat palsu kepada Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin bahawa semua manifesto telah terlaksana?

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.