USAHA yang bersungguh-sungguh Perikatan Nasional (PN) menerusi Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Wan Saiful Wan Jan untuk parti itu mendapatkan jawatan Timbalan Perdana Menteri semakin kuat dibuat oleh mereka.
Sebelum
ini Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob telah menjelaskan bahawa
fokus utama sekarang bukan jawatan Timbalan Perdana Menteri tetapi isu
permasalahan rakyat dan ekonomi negara. Dua perkara utama ini perlu diberi
perhatian oleh kabinet yang berada di dalam Kerajaan Keluarga Malaysia buat
masa sekarang
Nampaknya
usaha untuk mendapatkan jawatan TPM bagi parti PPBM belum selesai. Tugas
memperjuangkan jawatan tersebut diberi dan dipikul oleh Wan Saiful diterus
dengan mendesak PM Ismail Sabri untuk jawatan tersebut.
Rupanya
Wan Saiful masih tidak berpuashati dengan penjelasan YAB Perdana Menteri Ismail
Sabri berhubung pertemuan beliau dengan wakil PPBM. Malah Wan Saiful cuba
menyembunyikan perkara penting yang ditimbulkan ketika perjumpaan tersebut.
Namun
Wan Saiful lebih cenderong memilih isu jawatan Timbalan Perdana Menteri dan
menteri yang akan mengambil alih tempat YB Zuraidah.
Amat
menghairankan bagaimana seorang yang berjawatan Ketua Penerangan kepada sebuah
parti yang turut berada sebagai salah satu komponen di dalam Kerajaan Keluarga
Malaysia dilihat memainkan tugas seperti pembangkang.
Bukan
itu sahaja, cara Wan Saiful menyerang Perdana Menteri juga dilihat kurang ajar
dan keterlaluan. Wan Saiful memperlekehkan pertemuan antara Ismail Sabri dengan
wakil PPBM bukan merupakan satu perjumpaan rasmi memandang ianya berlaku ketika
makan tengahari (lunch time).
Adakah
Wan Saiful terasa diperbodohkan oleh pemimpin PPBM yang lain memandangkan
beliau tidak dimaklumkan dan lebih memalukan dia tidak dijemput untuk bersama
di dalam rombongan PPBM bertemu Perdana Menteri?
Lantaran
itu Wan Saiful terus menerus menyerang Ismail Sabri dengan cara yang tidak
beradab?
Wan
Saiful sepatutnya sedar bahawa beliau hanya ditugaskan sebagai wakil PPBM ke
balai polis untuk membuat laporan terhadap sebarang isu berbangkit sahaja dan
tidak layak sebagai wakil PPBM di dalam mana-mana pertemuan yang melibatkan
kepimpinan utama Kerajaan Keluarga Malaysia.
Mungkin
kerana beliau sedar kedudukannya hanya Ketua Penerangan parti maka dia
bertindak gila menonjolkan diri agar dipilih oleh parti menjadi menteri bagi
menggantikan siapa sahaja menteri yang berada di dalam kabinet Kerajaan Keluarga
Malaysia.
Kesanggupannya
ke balai polis membuat laporan berkait dengan isu Kapal Perang LCS juga mungkin
antara harapan terakhirnya supaya dilihat sedang berjuang demi jawatan menteri
yang digilainya?
Wan
Saiful sepatutnya sedar, Ismail Sabri bukannya jenis pemimpin yang penakut
seperti yang beliau katakan.
Jika
penakut, PM Ismail Sabri tidak akan menyatakan kesediaan beliau untuk
membubarkan parlimen sekiranya ada pihak yang menarik sokongan terhadap Perdana
Menteri.
Jika
Perdana Menteri seorang yang penakut, beliau tidak akan mengarahkan siasatan
segera terhadap isu kelewatan Kapal Perang LCS dan dakwa siapa sahaja yang
terlibat.
Kalau
Perdana Menteri seorang yang penakut, beliau tidak akan berjumpa langsung
dengan mana-mana wakil parti termasuk PPBM di waktu makan sekali pun.
Sebagai
penulis manifesto pakatan harapan yang bukannya kitab suci, Wan Saiful perlu
muhasabah diri.