ZAID IBRAHIM ASET BARU KEPADA UMNO SELEPAS NAJIB KE PENJARA?

SEMUA orang tahu siapa sebenarnya Zaid Ibrahim yang menjadi bekas peguam Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam kes SRC baru-baru ini yang mana telah memberi sedikit kesan kepada emosi ahli UMNO dan rakyat Malaysia.

Siapa tidak kenal Zaid? Pemilik firma guaman yang pernah menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan portfolio undang-undang.

Kemudian keluar UMNO dan menjadi ahli serta calon PKR menentang calon BN di pilihanraya kecil Hulu Selangor pada tahun 2010 dan beliau tewas.

Pada tahun 2017, beliau sekali lagi membuat kejutan dengan mengistiharkan menjadi ahli DAP seumur hidup sekaligus menyerang UMNO dan Barisan Nasional(BN) serta Najib Razak yang mana ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Ketika itu juga beliau turut menyerang Najib Razak dengan isu 1MDB diman beliau sendiri tahu akan kekaburan isu berkenaan dan semata-mata untuk menjatuhkan imej serta populariti Najib ketika itu.

Hari ini beliau dianggap wira kepada ahli UMNO serta rakyat yang menyokong bekas Perdana Menteri itu dengan keterlibatan menjadi peguam saat akhir dalam kes SRC tersebut serta menjadi juru cakap dalam kes Najib Razak.

Zaid Ibrahim tahu bahawa beliau kini dipenghujung karier politiknya sendiri dan cuba untuk masuk ke UMNO dengan menggunakan isu SRC dan Najib Razak dan sekarang ini segala perancngan beliau nampak menjadi dengan segala apa yang diperkatakan menerusi kenyatan media sosialnya mendapat sambutan penyokong-penyokong Najb Razak dan UMNO.

Hari ini juga beliau mendapat tempat dalam Dewan Merdeka bersama-sama ahli-ahli UMNO seluruh Negara dan itu lah perancangan beliau dari awal keterlibatannya dalam kes tersebut.

Kini setelah Najib Razak dihukum penjara, Zaid dijadikan panglima perang UMNO?

UMNO ingin ‘berperang’ dengan institusi kehakiman untuk kemenangan di pilihanraya umum ke 15 atau ingin berdepan dengan musuh politiknya?

Rakyat dan juga pengundi atas pagar ingin mendengar apakah yang UMNO BN bakal sajikan kepada mereka dan bukannya kisah di mahkamah dijadikan satira kempen pilihanraya.

Rakyat semakin cerdik, UMNO?

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.