![]() |
Azalina GAGAL Menasihat PM Ismail Sabri Yaakob |
AHLI Parlimen Pengerang yang juga Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat Dato’ Seri Azalina Othman Said telah dilantik sebagai Penasihat Khas (Undang-undang dan Hak Asasi) kepada Perdana Menteri bermula 2 Oktober 2021 yang lalu.
Beliau
telah menerima sendiri surat pelantikan daripada Perdana Menteri Ismail Sabri
Yaakob pada tarikh yang tersebut dimana peranan baru ketika itu untuk member nasihat
kepada PM berkaitan perundangan dalam negara.
Pada
tanggal 30 Ogos 2022 lalu, beliau telah melepaskan jawatan tersebut dan
disahkan oleh pejabat Perdana Menteri yang mana dipercayai mempunyai kaitan
dengan isu kritikan Ahli Parlimen Pengerang itu terhadap badan kehakiman.
Perletakan
jawatan berkenaan juga ada kaitan dengan isu kritikan (terhadap badan kehakiman)dimana
katanya peranan dan Pelantikan AG adalah atas nasihat PM dan PM
harus melantik 'orang dia' sebagai peguam negara untuk mudahkan segala urusan.
"Jika
kuasa penukaran AG di tangan PM, mengapa PM tidak menukarkan AG, malah ia
adalah bidang kuasa PM. Saya nak tanya satu sahaja, takkan nak tukar AG pun tak
boleh," katanya.
Sebenarnya
Azalina gagal menjalankan tugas sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi
Manusia kepada Perdana Menteri yang mana tidak pernah bertemu PM untuk memberi cadangan
sepertimana yang diucapkan beliau didalam perhimpunan Taklimat Presiden UMNO
pada 27 Ogos lalu.
Beliaulah
yang sepatutnya menasihat PM agar tidak mencampuri urasan mahkamah dan perundangan negara kerana ianya satu badan tertinggi dalam menentukan hala tuju keadilan sesebuah negara. Tetapi peranan itu tidak
dimainkan langsung oleh beliau malah turut sama menyalahkan PM Ismail Sabri
tidak berbuat demikian.
Azalina
patut menyalahkan diri sendiri dan bukan meletakkan kesalahan itu sepenuhnya
keatas PM Ismail Sabri yang mana umum sedia maklum bahawa perlantikan beliau
itu bertujuan untuk menasihat PM.
AZALINA
SEORANG YANG GAGAL MENJALANKAN TUGAS !!!