ISMAIL SABRI BAWA PERPADUAN ANTARA PARTI DEMI KESTABILAN NEGARA
0
September 16, 2022
DALAM era pra pilihanraya umun (PRU) 15 yang akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja lagi dan ekonomi rakyat serta negara semakin baik hari ini, ianya disebabkan beberapa faktor kestabilan dan perpaduan yang diterapkan oleh Perdana Menteri ke 9 telah berjaya diterjemahkan selama satu tahun kebelakangan ini.Pada awal Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil alih tampuk pimpinan negara, perkara pertama dilakukan beliau ialah kestabilan politik yang mana mengadakan MoU dengan parti-parti pembangkang (PH).
Perkara seperti ini tidak pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air dan ianya satu tindakan yang berani diambil Ismail Sabri apabila melihat kestabilan politik boleh memangkinkan ekonimi negara sekaligus dapat menjaga perut rakyat.
Selama 2 tahun lebih berada dalam krisis kesihatan dunia dengan penularan wabak COVID 19 yang telah merosakkan ekonomi negara dan keharmoniannya dengan ketidakupayaan pengurusan pentadbiran negara ketika itu membuatkan rakyat berada dalam kerisauan serta tekanan.
Hari ini negara sudah bangkit dari krisis tersebut dengan beberapa langkah dan kebijaksaan Ismail Sabri yang mana telah mengambil beberapa langkah yang tepat membangun semula negara.
Dengan kelebihan pengalaman semasa menjadi menteri diera kerajaan BN dahulu membuatkan Ismail Sabri telah berjaya memimpin negara keluar dari krisis kesihatan dan juga ekonomi.
Kini beliau menggerakkan agenda perpaduan rakyat dan juga parti yang didokongi mereka apabila semua orang percaya bahawa perpaduan akan memberi segala kebaikan untuk parti dan negara.
Beliau yang juga Naib Presiden Kanan UMNO Malaysia juga memainkan peranan yang sangat besar untuk menyatukan kepimpinan serta ahli-ahli parti agar bergerak seiringan dan berpadu dalam menghadapi apa jua rintangan serta halangan dalam organisasi serta kerajaan.
Perpaduan adalah satu kunci kejayaan kepada BN dimana telah sebelum ini yang mana dapat mentadbir negara sejak 60 tahun dahulu sebelum tewas kepada fitnah yang ditaburkan oleh PH dalam PRU 14 lalu.
Kini tunjung perpaduan menjadi agenda sangat penting untuk UMNO dan BN menjadi peneraju negara yang lebih stabil dan berdaya saing selepas PRU 15 nanti.