Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan ketegasan Malaysia Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang ke-77 dimana dengan tegas mempertahankan hak-hak Kemerdekaan, Pembebasan dan Hak Negara Palestin secara kosisten dan berterusan.
Ismail dengan tegas berkata. harga yang perlu dibayar untuk sesebuah peperangan adalah sangat tinggi nilainya, dengan apabila melibatkan peperangan antara negara.
Masalah yang paling besar di PBB adalah majlis keselamatan kuasa VETO seringkali disalahgunakan untuk memihak kepada kuasa dunia yang memilikinya. ia tidak demokratik dan melanggar prinsip asas demokrasi, ini menyebabkan konflik yang berlaku tidak dapat diselesaikan oleh mana-mana wakil tentang majlis tersebut.
Selaras dengan prinsip satu negara satu undi, sekarang adalah masanya kuasa veto dihapuskan. Sebagai organisasi yang membawa semangat dan lambang demokrasi kepada dunia, PBB perlu kembali kepada landasan penubuhannya.
Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa, wujud untuk menggalakkan penyelesaian damai bagi pertikaian antara negara piagam dan undang-undang ini menetapkan had sesebuah negara dalam mengejar kepentingan diri sendiri.
Berdasarkan prinsip itu, Malaysia menentang pencabulan undang-undang Antarabangsa termasuk prinsip kedaulatan dan integriti wilayah sesebuah negara. Apabila tercetusnya konflik semua pihak bertanggungjawab untuk meredakan ketegangan dan memberikan keutamaan kepada keselamatan dan nyawa orang awam.
Pada masa yang sama pihak yang bertelagah perlu kembali ke meja rundingan untuk menghentikan konflik secepat mungkin. Malaysia tidak bersetuju dengan tindakan pengasingan sesebuah negara daripada pertubuhan Antarabangsa, langkah sedemikian bertentangan dengam prinsip multilateralisme dan menghalanh dialog.
Ketegasan itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri didalam ucapan perbahasan beliau baru-baru ini.
Dalam semua lawatan kerja atau pertemuan beliau ke
negara-negara luar, memang menjadi kewajipan beliau menterjemahkan sokongan
kepada Kemerdekaan, Pembebasan dan Hak Negara Palestin secara konsisten dan
berterusan.
Perjuangan beliau ke atas Palestin bukan hanya bermula
ketika beliau menjadi Perdana Menteri sahaja malah seawal beliau dilantik
menjadi Menteri lagi.
Pertemuan Beliau bersama Presiden Palestin Mahmoud Abbas menggambarkan betapa beliau amat dekat dihati kepimpinan Palestin.