*PM ISMAIL SABRI CIPTA SEJARAH, BAWA IMEJ KELUARGA MALAYSIA KE PERSADA DUNIA*
Malaysia mendapat tumpuan antarabangsa apabila YAB DS Ismail Sabri mencipta sejarah sebagai pemimpin tertinggi Malaysia yang pertama berucap menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya pada perhimpunan PBB.
Satu lagi yang mendapat pengiktiran antarabangsa adalah intipati ucapan YAB PM di mana beliau menekankan kuasa veto Majlis Keselamatan PBB perlu dihapuskan selaras dengan prinsip satu negara satu undi.
Kalau kita lihat, kuasa veto ini sering disalahgunakan untuk kepentingan negara kuasa besar.
Misalnya, pengunaan kuasa veto ini telah memberi impak negatif terhadap masyarakat Palestin yang menghadapi kezaliman rejim Israel sejak penubuhan negara Israel pada 1948.
Pada tahun 2015, Russia telah menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang cadangan Malaysia bagi menubuhkan sebuah tribunal jenayah antarabangsa bagi menyiasat dan membicarakan mereka yang bertanggungjawab dalam kejadian menembak jatuh pesawat MH17.
Ketidakadilan ini perlu dihapuskan dan jelas melanggar prinsip utama penubuhan PBB.
Keberanian YAB DS Ismail Sabri dalam mengkritik ketidakadilan dalam PPB diiktiraf dan dihargai kerana tidak ramai pemimpin yang berani bersuara sepertinya.
YAB DS Ismail Sabri dalam ucapannya turut mencadangkan satu mekanisme Kerjasama Monetari Antarabangsa bagi menangani pelbagai isu ekonomi, antaranya cengkaman inflasi yang melanda dunia.
Isu ekonomi ini adalah penting kerana saling terkait, dasar dan keputusan sesetengah negara mampu memberi kesan kepada negara lain.
Malaysia turut menegaskan komitmen dalam menjalankan tanggungjawab dan peranannya bagi memastikan pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar.
Selaras dengan Dasar Tenaga Negara 2022-2040, Malaysia akan komited untuk mencapai status negara sifar pelepasan Gas Rumah Hijau seawal tahun 2050.
Saya bangga mendengar ucapan YAB PM di PBB, bukan sahaja beliau membawa identiti Melayu dan Malaysia di mata dunia, malah ucapannya bersifat yang inklusif itu menandakan Malaysia amat prihatin dengan situasi global.
Selaras dengan semangat Keluarga Malaysia, komuniti antarabangsa perlu bekerjasama dengan mengamalkan semangat Keluarga Dunia dalam menghadapi cabaran global.
Kita telah membuktikan dengan konsep Keluarga Malaysia, negara kita berjaya bangkit pasca pandemik dan kini sedang mencipta sejarah dalam pelbagai kejayaan ekonomi, sosial dan politik.
Konsep ini juga perlu diamalkan dalam PPB untuk mencipta keharmonian global dan memelihara keadilan.
YAB DS Ismail Sabri mengakhiri ucapannya dengan "United we stand, divided we fall".
Selagi kita bersatu padu dan teguh bersama dalam memikul beban ini, saya pasti kita akan berjaya.
Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu
#KeluargaMalaysiaTeguhBersama
#BekerjaBersamaRakyat