SEMALAM berlangsungnya pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda BN Malaysia yang diadakan di Stadium Tertutup Taman Titiwangsa Kuala Lumpur dimana telah mengumpulkan seramai 10,000 jentera Pemuda seluruh Negara.
Pelancaran itu telah dirasmikan oleh Pengerusi BN Kebangsaan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dan turut bersama Timbalan Pengerusi BN Dato’ Seri Utama Mohamad Hassan, Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Pusat Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob serta presiden-presiden parti gabungan MCA, MIC, PBRS dan lain-lain ahli bersekutu.
Suasana dalam stadium tersebut mengambarkan bahawa kesepaduan, kesetiaan, kesepakatan, setia kawan dalam kalangan kepimpinan diterjemahkan dihadapan 10 ribu jentera parti dan ianya tidak sepertimana yang telah digambarkan oleh beberapa orang sebelum ini seperti Lokman Adam, Zamil Ibrahim.
Mereka dilihat lebih gemar untuk memperlihatkan bahawa kepimpinan BN dan UMNO berada dalam ketidak stabilan dan berpecah sesama sendiri.
Nyata omongan kosong Lokman dan Zamil selama ini hanyalah rekayasa kepada perpecahan parti dan pendokong-pendokong parti UMNO khasnya.
Semalam juga Perdana Menteri Ismail Sabri telah menyatakan bahawa, beliau tidak akan sesekali membelakangi institusi presiden dan top five (Top 5) yang mana dianggotai presiden, timbalan presiden dan 3 naib presiden dimana akan memutuskan tarikh pilihanraya umum (PRU) ke 15 nanti.
PM Ismail Sabri juga yakin keputusan tarikh tersebut bakal dapat diumumkan dalam masa yang terdekat ini dengan melihat beberapa faktor kemenangan BN dan kesiapsiagaan parti dalam menghadapi PRU 15 nanti.
Beliau cukup yakin dengan kesepaduan semua pihak dan jentera parti yang mana cukup bersedia untuk berhadapan PRU 15 dan memberi satu tanda bahawa kekuatan BN kali ini membuatkan musuh-musuh parti berada dalam kegusaran untuk menghadapi pru kali ini.
Dengan segala penipuan PH kepada rakyat selama 22 bulan menjadi kerajaan selepas PRU 14 pada tahun 2018 dahulu dan PN yang telah mengkianati PH selama 17 bulan itu membuatkan rakyat terus menolak mereka dengan beberapa keputusan PRK dan juga PRN sebelum ini.
Laungan ‘BN BANGKIT DEMI RAKYAT’ bergema didalam stadium tersebut yang mana dibawah pemerintahan BN selama 60 tahun dahulu lebih baik dari apa yang ada selepas PRU 14 kali ini dan keyakinan serta trek rekod BN mentadbir Negara menjadikan BN sebagai pilihan rakyat Malaysia hari ini.