Naib Presiden Kanan UMNO Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob semalam semasa bersama Jentera Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang mengingatkan bahawa perpaduan antara parti komponen amat diperlukan.
Katanya, semasa Pilihanraya Umum (PRU) berlangsung bukan sahaja UMNO yang bekerja siang dan malam akan tetapi parti-parti komponen perlu bekerja sama macam mana UMNO.
Kalau UMNO membuka bilik gerakan atau markasnya sampai pagi, parti komponen juga harus berbuat demikian kerana apa, ini kerana kita harus ada persamaan dalam gerak kerja untuk memenangkan calon-calon yang mewakili BN dalam PRU 15 ini.
Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri mengingatkan semua jentera agar berpadu dalam usaha memenangkan calon yang mewakili BN dalam PRU kali ini.
Kesepaduan itu juga akan dinilai oleh pengundi-pengundi atas pagar sekaligus dapat diterjemahkan dalam bentuk undi kepada BN nanti.
Kalau diikutkan dengan saranan itu, ianya satu perkara harus diambil berat oleh semua kepimpinan dan juga jentera parti agar semua yang dirancang menjadi realiti selepas hari pembuangan undi nanti.
Apa pun yang berlaku, kita harus ingat bahawa apabila mereka (PH) memerintah kembali Malaysia meraka akan melakukan apa yang mereka janji kepada rakyat dan tidak akan sama sekali sepertimana yang berlaku sebelum ini.
Dalam siri 7 pilihanraya kecil (PRK) lalu dan 2 pilihanraya negeri (PRN) telah menunjukkan satu kebangkitan yang luar biasa namun harus diingatkan bahawa BN kena bekerja dengan lebih gigih lagi untuk PRU 15 kali ini.
Bukan sahaja BN akan menghadapi PH namun ianya seakan-akan berlaku 3 penjuru sepertimana PRU 14 yang lalu.