LOKMAN ADAM BERHENTILAH MENJADI MUSUH KEPADA UMNO


LOKMAN ADAM berhentilah mengelirukan ahli-ahli UMNO dengan pelbagai kenyataan yang berniat untuk melaga-lagakan kepimpinan dan juga ahli UMNO keseluruhannya.

Perbuatan itu sedikit sebanyak akan menjejaskan persiapan jentera UMNO untuk menghadapi pilihanraya umum (PRU) yang mana akan berlaku pada bila-bila masa sahaja lagi dengan persetujuan Top 5 selepas ianya membuat keputusan dan masa yang tepat.

Keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) jelas telah member mandate kepada Ahlio Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Top 5 untuk membuat keputusan penting parti bagi menghadapi PRU yang 15 nanti dan semua ahli perlu akur dengan keputusan parti dan bukan memesongkan fakta sedia ada.

Lokman harus berlapang dada dengan keputasan ahli-ahli UMNO di 191 bahagian yang ada dimana ianya sebulat suara telah dipersetujuan didalam PAU sebelum ini.

Pemilihan Poster Boy untuk mewakili parti pun sudah dibuat oleh MKT dan Top 5 bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) dimana Naib Presiden Kanan merangkap Perdana Menteri ke 9 hari ini Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob adalah pilihan yang tepat.

Jadi mengapakah Lokman Adam masih bising dan cuba melaga-lagakan kepimpinan UMNO dengan pelbagai tomahan dan tidak mengikut keputusan parti selain cuba memecah belah kekuatan yang ada kini?

UMNO dan BN tidak pernah melantik atau memberi kuasa kepada beliau menjadi jurucakap parti dan seharusnya beliau sedar akan perpbuatan yang sia-sia serta merosakkan solidarity parti yang ada hari ini.

Beliau juga dilihat cuba merosakkan UMNO dari dalam, adakah beliau masih mahu melihat UMNO dan BN tersungkur lagi dalam PRU ke 15 kali ini jika masih mengamalkan sikap memecah belahkan kesepaduan, kejituan dan solidarity yang ada didalam UMNO hari ini.

Sebagai ahli UMNO yang bertanggungjawab, beliau seharusnyakaur akan keputusan yang telah dibuat di dalam PAU dan juga Perhimpunan Agung Khas sebelum ini dan menyerahkan segala keputusan serta kebijaksaan MKT serta Top 5 membuat keputusan untuk parti UMNO.

CUKUP-CUKUPLAH MENJADI BATU API DAN AGEN PECAH BELAH DALAM UMNO !!!

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.