LOKMAN Adam terlalu jauh berfikir sehinggakan timbul perasaan untuk memburuk serta memfitnah sesiapa sahaja asalkan mendapat perhatian kepimpinan negara sertapartinya masa ini.
Beliau banyak membuat provokasi, tomahan,
dakwaan serta fitnah berangkai terutamanya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia
Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dimana setiap perkara diungkapkan beliau tidak
disertakan bukti-bukti sebagai pengesahan perkara-perkara dibangkitkan selama
ini.
Apa tidaknya dengan contoh yang terbaru menerusi
live facebook beliau yang mana telah membuat tuduhan melulu semata-mata untuk
menjatuhkan kredibiliti PM Ismail Sabri.
Lokman Adam ini sedar ataupun tidak, yang beliau
serang bertali arus itu adalah Naib Presiden Kanan UMNO dan mendapat restu
Presiden UMNO Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk diangkat sebagai PM ke 9
Malaysia dari parti UMNO.
Sangat mendukacitakan apabila beliau secara
lantang di dalam siaran beliau pada malam Hari Kemerdekaan, 31 Ogos 2022, telah
membuat beberapa dakwaan liar yang merosakkan nama baik Ismail Sabri selaku
Perdana Menteri dan Naib Presiden kanan UMNO.
Antara dakwaan yang dibuat oleh Lokman adalah:
(1) “Nombor 7, tuan-tuan, Ismail Sabri telah berjanji tidak akan menukar Peguam Negara. Saya nak beritahu dengan saudara-saudara, kepada pengamal undang-undang, mereka jauh lebih tahu bahawa janji Ismail Sabri ini juga sudah salah dari segi undang-undang, kerana bagaimana dia boleh berjanji dengan Muhyiddin, third party, bahawa dia tidak akan menukar Peguam Negara?”
(2) “Yang paling celaka sekali, saudara-saudara, Ismail Sabri Nombor 9 berjanji, tuan-tuan, berjanji, dia berjanji, saudara-saudara, akan menyegerakan, akan menyegerakan kes-kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga Datuk Seri Najib Tun Razak. Itu sebab Datuk Najib dihantar ke penjara dan sekarang ini mereka nak segerakan kes untuk menghantar pulak, menghantar pulak apa ni Datuk Zahid ke penjara.”
Lebih malang lagi Lokman mendakwa “perjanjian
ini adalah bukti jelas bahawa terdapat campur tangan Ismail Sabri dalam
mahkamah, terdapat campur tangan Ismail Sabri dalam Jabatan Peguam Negara.”
Selanjutnya, Lokman juga menambah: “Jadi hari ini kita mintak kepada parti supaya mengambil tindakan disiplin ke atas Ismail Sabri. Nak tunggu apa lagi? Nak tunggu apa lagi?”
Suka dijelaskan bahawa tidak ada di dalam
mana-mana butiran perjanjian tersebut pernyataan bahawa “Ismail Sabri telah
berjanji tidak akan menukar Peguam Negara” atau bahawa “Ismail Sabri berjanji
akan menyegerakan kes-kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga Datuk Seri
Najib Tun Razak.”
Butiran ke-7 perjanjian sebaliknya adalah
berbunyi Perdana Menteri yang baharu dilantik juga memberi akujanji akan
mengekalkan pelantikan ahli-ahli parti anggota PN dalam Badan-Badan Berkanun
dan Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan.
Butiran ke-9 perjanjian juga sebaliknya adalah
berbunyi Perdana Menteri yang baharu dilantik juga hendaklah memberikan akujanji
untuk mengagihkan Peruntukan Khas Perdana Menteri menurut pembahagian tertentu.
SEDARLAH… kerajaan yang ada hari ini adalah
sebahagian darinya UMNO dan BN yang mana ditunjangi dari kepimpinan UMNO itu
sendiri.
Cukup-cukuplah… Ini masa untuk kita saling
berganding bahu membantu rakyat yang masih mencari-cari kehidupan yang lebih
selesa selepas mengharungi krisis kesihatan selama hampir 3 tahun kebelakangan
ini.
BUKTIkan bahawa UMNO dan BN mampu memberi yang
terbaik kepada rakyat setelah kegagalan 2 PM sebelum ini menguruskan Negara.