BEBERAPA kenyataan yang dibuat oleh pencacai Lokman Adam didalam satu kenyataan hari ini membuktikan bahawa beliau hanya sekadar membuat tomahan dan fitnah terhadap Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau secara jelas tidak membuktikan apa-apa tentang dakwaan yang dibuat beliau sedangkan sekadar bercakap kosong sahaja dihadapan wartawan dan media.
Lokman menuduh PM Ismail Sabri tanpa malu dengan beberapa perkara yang tidak ada kesahihan nya dan hanya peluru tabur sahaja.
Beliau yang mengangkat dirinya sebagai pejuang UMNO selama ini kononnya dengan membuat kenyataan memburukkan pemimpin UMNO yang lain, pernah menyerang presiden dan tindakan dibuang dari menjadi ahli serta juga MKT UMNO sebelum ini.
Antara perkara yang dibangkitkan Lokman dan tular di Facebook beliau https://www.facebook.com/lokmannooradam/videos/610141067453443 .
Kenyataan beliau adalah berbunyi: “Nombor 1, Nombor 2, Nombor 3, Nombor 4, Nombor 5, Nombor 6 dan Nombor 10 perjanjian di antara Ismail Sabri dan Muhyiddin Yasin sudah didedahkan oleh Raja Petra, tetapi Raja Petra tidak mendedahkan perkara Nombor 7, Nombor 8 dan Nombor 9.
Saya nak beritahu, Nombor 7 ialah Ismail Sabri telah menandatangani perjanjian dengan Muhyiddin, disaksikan oleh Annuar Musa, Nombor 7, tuan-tuan, Ismail Sabri telah berjanji tidak akan menukar Peguam Negara. Saya nak beritahu dengan saudara-saudara, kepada pengamal undang-undang, mereka jauh lebih tahu bahawa janji Ismail Sabri ini juga sudah salah dari segi undang-undang, kerana bagaimana dia boleh berjanji dengan Muhyiddin, third party, bahawa dia tidak akan menukar Peguam Negara? Ini salah, tuan-tuan, macam mana, how you rule the country you boleh buat perjanjian dengan third parti?
Ini adalah satu perkara yang benar-benar salah. Perkara Nombor 8, Ismail Sabri telah berjanji untuk mengekalkan Menteri, Timbalan Menteri dan GLC yang dipegang oleh geng-geng BERSATU dan PAS.
Ini, tuan-tuan, perkara Nombor 8, tetapi yang paling celaka sekali, saudara-saudara, Ismail Sabri Nombor 9 berjanji, tuan-tuan, berjanji, dia berjanji, saudara-saudara, akan menyegerakan, akan menyegerakan kes-kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga Datuk Seri Najib Tun Razak.
Itu sebab Datuk Najib dihantar ke penjara dan sekarang ini mereka nak segerakan kes untuk menghantar pulak, menghantar pulak apa ni Datuk Zahid ke penjara.
Tuan-tuan, ini, perjanjian ini adalah bukti jelas bahawa terdapat campur tangan Ismail Sabri dalam mahkamah, terdapat campur tangan Ismail Sabri dalam Jabatan Peguam Negara. Jadi hari ini kita mintak kepada parti supaya mengambil tindakan disiplin ke atas Ismail Sabri. Nak tunggu apa lagi? Nak tunggu apa lagi?”
Kenyataan beliau ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan yang menyebut:
“Barang siapa, sama ada dengan perkataan yang dituturkan atau yang dimaksudkan untuk dibaca atau dengan isyarat, atau dengan pernyataan zahir, membuat atau menyiarkan apa-apa mengenai seseorang, dengan maksud hendak merosakkan, atau dengan mengetahui atau dengan ada sebab mempercayai bahawa tomahan itu akan merosakkan nama baik orang itu, adalah dikatakan, kecuali dalam hal-hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, memfitnahkan orang itu.”
Ini kerana butiran Nombor 7, Nombor 8 dan Nombor 9 Perjanjian Persefahaman Bagi Mengikat Usahasama Dan Kesepaduan Politik Serta Protokol Untuk Pembentukan Kerajaan Baharu Perikatan Nasional yang dibuat pada 17 haribulan Ogos 2021 hanyalah berbunyi:
Perdana Menteri yang baharu dilantik juga memberi akujanji akan mengekalkan pelantikan ahli-ahli parti anggota Perikatan Nasional dalam Badan-Badan Berkanun dan Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan yang wujud sebelum peletakan Jemaah Menteri pada 16 Ogos 2021.
Selaras dengan prinsip integriti dan tadbirurus yang baik, Perdana Menteri yang baharu dilantik juga memberi akujanji untuk meneruskan pelaksanaan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP), melindungi kebebasan badan kehakiman dan menghormati prinsip pengasingan kuasa.
Perdana Menteri yang baharu dilantik juga hendaklah memberikan akujanji untuk mengagihkan Peruntukan Khas Perdana Menteri menurut pembahagian tertentu.
Saya juga percaya kenyataan beliau ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang menyebut “Seseorang yang.
(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar.
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; adalah melakukan suatu kesalahan”.