MAHATHIR TUTUP KEGAGALANNYA DENGAN SERANG UMNO


Serangan bertalu-talu Mahathir terhadap UMNO dikatakan bertujuan menutup kegagalan beliau mewujudkan pengganti kepada parti orang Melayu tersebut. Beliau menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) untuk menghancurkan UMNO dengan harapan orang Melayu akan berduyun-duyun keluar dari UMNO masuk PPBM. Namun perkara tersebut tidak berlaku.

Apabila Mahathir berselisih faham dengan Muhyiddin, beliau keluar dari PPBM untuk menubuhkan parti Pejuang. Parti tersebut turut gagal menarik ahli UMNO meninggalkan parti mereka dan menyertai parti Mahathir yang baru. 

Kini Mahathir menubuhkan Gerakan Tanah Air (GTA) pula untuk mengaburi mata orang Melayu memandangkan parti Pejuang kalah teruk sehingga hilang wang deposit dalam Pilihanraya Negeri Melaka dan Johor baru-baru ini.

Kenyataan terbaru Mahathir tentang Umno menunjukkan bahawa beliau terus dihantui Umno pada setiap saat dan ketika. Beliau sebenarnya tidak pernah ‘move on’ daripada Umno.

Tindakan Mahathir melabelkan Umno dengan pelbagai gelaran dan penghinaan sebenarnya dilakukan dengan satu motif yang jelas iaitu menutup kegagalan ketara beliau dalam mewujudkan alternatif kepada Umno.

Hanya UMNO yang mampu menjadikan Mahathir perdana menteri paling berjaya dan lama serta memuliakannya setelah persaraannya. Parti keramat tersebut tidak pernah menikam beliau dari belakang. Sebaliknya PPBM telah menikam Mahathir di belakang dan di depan beliau sendiri.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.