DALAM SUASANA negara bergelut untuk bangun selepas mengalami krisis kesihatan yang teruk selama 2 tahun lalu dan terburuk dalam sejarah negara serta dunia hari ini telah berada dalam trek yang betul diera pemulihan negara dari semua struktur ekonomi serta kestabilan politik.
Peranan yang begitu besar dimainkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memulihkan ekonomi Negara setelah di ROSAK kan oleh Pakatan Harapan (PH) dan juga keGAGALan PM sebelum ini dibawah Mahiaddin Yasin.
Pendamik COVID 19 yang berlaku selama hampir 2 tahun lepas yang mana satu keGAGALan Mahiaddin menguruskan negara ketika itu dengan kelemahan serta salah guna kuasa dengan mengadakan DARURAT selama tempoh 6 bulan dimana menyebabkan kerosakan yang teruk kepada ekonomi negara.
Dalam tempoh darurat berlangsung, lebih 100,000 perniagaan ditutup operasi semasa Covid.
Ya sebahagiannya disebabkan Covid memuncak. Tapi sebahagiannya juga sebab PM waktu itu sendiri tidak ada ketegasan apa jalan keluar dari belenggu Covid. Kejap A, kejap B. Kejap buka kejap tutup.
Mujur DSIS jadi PM, buka semula ekonomi. Tarik pelaburan sehingga angka tertinggi dalam sejarah dicatat sebanyak RM72.9 bilion bagi tempoh 9 bulan.
Melalui Bajet 2022, PM juga telah memperkenalkan program Semarak Niaga berjumlah RM40 bilion untuk membantu usahawan dan perniagaan bina semula punca rezeki mereka.
Ini juga dilengkapi oleh inisiatif Jamin Kerja dengan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion untuk mewujudkan peluang pekerjaan bagi seluruh Keluarga Malaysia yang terjejas.
Hasil daripada ini, pengangguran turun 12 bulan berturut-turut setelah DSIS jadi PM kepada 3.8% dan jumlah status bekerja naik sekitar 600,000 dari Ogos 2021 hingga Julai 2022. Malah, jualan barangan borong dan runcit juga meningkat dengan kadar tertinggi sepanjang tahun ini. Kadar muflis juga menurun tahun ini.
Kalau Mahiaddin masih PM? Lockdown sampai bila? Nak kerja atau berniaga macam mana? Nak dapat pendapatan macam mana?
Mahiaddin ibarat ludah kelangit dan kahak itu kembali kepada muka sendiri.
APA peranan beliau sendiri apabila dilantik menjadi Pengerusi Pemulihan Negara (MPN) yang bergaji penuh MENTERI?
Bukankah peranan beliau untuk memulihkan ekonomi negara? SIAPA yang GAGAL melaksanakan tanggungjawab serta AMANAH tersebut?