Muhyiddin secara langsung menyalahkan PM kerana tidak menerima cadangan-cadangan dari beliau berkaitan pemulihan negara sehingga kini.
Bagaimana PM Ismail Sabri mahu menerima cadangan yang diutarakan beliau sedangkan sebelum itu beliau sendiri GAGAL menjalankan tugas sebagai PM ke 8 sehinggakan hampir keseluruhan sektor ekonomi dan kesihatan negara rosak.
PM Ismail Sabri perlu memperhalusi semua idea dan cadangan yang dibuat MPN yang berperanan menjadi penasihat kepada kerajaan hari ini. MPN itu diwujudkan juga dari cadangan beliau (Muhyiddin) selepas GAGAL mendapat mandat ahli-ahli parlimen sedia ada sebagai PM ke 8.
Bagaimana sebuah badan penasihat kepada kerajaan bertindak? Adakah kesemua cadangan yang dibentangkan wajib diterima walaupun cadangan dan juga cara perlaksanaannya dikategorikan sebagai ‘idea yang teruk dan bodoh?’
Bagaimana pula dengan cadangan yang hanya sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’? Adakah kerajaan perlu turuti dan menjadi ‘pak turut’ kepada badan tersebut?
Mungkin Muhyiddin lupa bahawa setiap cadangan samada dari apa juga kementerian dan badan penasihat akan dibawa ke mesyuarat kabinet dan akan diperhalusi sebelum dimuktamadkan? Kenapa Muhyiddin tidak jujur mengenai tatakelola sebelum kerajaan membuat keputusan?
MPN ini hanya satu tempat untuk Muhyiddin mendapat gaji dan elaun sahaja, sedangkan dengan negara tidak memerlukan MPN ini kerana pelbagai agensi dan jabatan sudah mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam membawa negara kearah yang lebih baik selepas pendiemik Covid-19.
Dalam satu kenyataan beberapa hari lalu juga, beliau turut mencadangkan bahawa MPN ini perlu dijadikan satu kementerian yang mana berperanan secara langsung dalam tugas memulihkan negara dari semua sektor.
Kalau Muhyiddin menjalankan tugasnya dengan baik, MENGAPAKAH kerajaan harus menubuhkan paukan JIHAD EKONOMI bagi menyelaras dan memulihkan ekonomi rakyat dan juga negara. APAKAH peranan MPN sebanarnya?
Apa yang pasti Muhyiddin seorang PENGKHIANAT yang GAGAL !!!