MUHYIDDIN PENGERUSI MPN YANG GAGAL MELAKSANAKAN TUGAS


KEGAGALAN adalah sebati dengan tokoh politik yang bergelar Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin sejak bermulanya era Perdana Menteri ke 8 Malaysia.

Muhyiddin GAGAL menjadi seorang presiden parti yang setia kepada gabungan parti-parti politik tanah air yang bernaung dibawah nama Pakatan Harapan (PH) yang mana telah berjuang bersama-sama selama tempoh 4 tahun dalam gabungan tersebut.

Beliau telah mengkianati PH yang telah menjadi kerajaan persekutuan selepas 9 Mei 2018 yang lalu dimana beliau telah keluar dari gabungan tersebut selepas 22 menjadi kerajaan kerana ingin menjadi PM dengan alasan yang tidak jelas.

Semasa beliau menjadi PM selama 17 bulan selepas mengkianati PH dengan langkah Sheraton pada febuari 2020 juga GAGAL membawa negara keluar daripada Pendamik Kesihatan Covid-19 (C19) dimana begitu banyak perbelanjaan wang rakyat dikeluarkan selama tempoh tersebut.

RM600 billion menjadi taruhan Muhyiddin dengan mengadakan DARURAT yang tidak berkesudahan dengan pembaziran wang rakyat tanpa memberi kesan yang positif pada negara ketika itu. Apa yang pasti ketika itu juga kes-kes C19 semakin meningkat walaupun darurat dilaksanakan.

Akibat DARURAT berpanjangan, ekonomi negara terus jatuh merudum, keharmonian dan kesejahteraan kehidupan rakyat berada tidak tahap yang sangat membimbangkan dan ada kes-kes bunuh diri dimana kesan ekonomi rakyat dan keseluruhannya.

Muhyiddin GAGAL memulihkan ekonomi rakyat dan negara !!!

KETIKA ini dibawah PM Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob selepas 20 ogos 2021 dan mentadbir negara, beliau terus melaksanakan langkah-langkah yang tepat dan bijaksana apabila menghentikan DARURAT separuh masak Muhyiddin dengan membuka sektor ekonomi dan mengadakan kerjasama politik dengan parti pembangkang (MoU) untuk kestabilan politik dan negara.

Disamping itu juga beliau turut mengadakan endamik C19 dimana dengan pemulihan sektor ekonomi rakyat  dan negara berjalan seperti sediakala serta keputusannya selepas 1 tahun akhir negara berada dilandasan yang tepat dalam pemulihan ekonomi negara dengan pelbagai pencapaian yang positif.

Hari ini apabila negara sudah berada dilandasan yang positif, Muhyiddin selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) juga GAGAL. Itulah hakikat yang sepatutnya diterima oleh Muhyiddin Yassin yang dipertanggungjawabkan sebagai pengerusi badan yang dibentuk untuk menasihati Kerajaan Keluarga Malaysia.

Muhyiddin dilihat lebih mencadangkan kewujudan majlis berkenaan untuk kepentingan diri sendiri dan bukannya bertindak sebagai badan yang menasihati kerajaan pimpinan PM Ismail Sabri berkait dengan memperkasakan ekonomi negara ekoran kesan daripada pandemik covid 19.

Cadangan Muhyiddin supaya MPN dijadikan sebuah KEMENTERIAN baharu adalah tidak masuk akal sama sekali.

 Apa rasionalnya cadangan tersebut jika bukan kerana kedudukan beliau dan mahu menggunakan MPN sebagai platform untuk mengintai jawatan?

Apa pula rasionalnya mahu menambah satu lagi kementerian apabila di dalam MPN itu sendiri diwakili oleh menteri-menteri seperti Azmin Ali dan Mustapha Muhamad yang mewakili parti PPBM serta kementerian masing-masing dan berkait dengan ekonomi?

Muhyiddin sengaja menimbulkan kekeliruan berhubung fungsi Majlis Pemulihan Negara. Sepatutnya badan ini bertindak menasihati kerajaan Keluarga Malaysia dengan idea yang tuntas dan bukannya ‘menasihati’ kerajaan untuk menambahkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya.

Masih tidak cukupkah gaji yang beliau terima sebagai Pengerusi MPN yang bertaraf menteri?

Sebaiknya Muhyiddin cadangkan supaya MPN dibubarkan segera dan beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya kegagalan badan tersebut dengan meletakkan jawatan. Malah Muhyiddin juga perlu elakkan diri dari terus bercakap mewakili MPN untuk mempertikaikan apa sahaja keputusan kerajaan Keluarga Malaysia dari dalam kerana ianya boleh diterjemahkan kepada ketidakstabilan politik dan boleh menghakis kepercayaan pelabur luar kepada kerajaan.

Dan paling elok untuk Muhyiddin bermuhasabah diri agar imej kegagalan atas batang tubuhnya tidak terus menerus terpalit dengan rekod kejayaan kerajaan Keluarga Malaysia.

 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.