MUHYIDDIN ROSAKKAN EKONOMI NEGARA SELAMA 17 BULAN PEMERINTAHAN BELIAU


SEJARAH dan kecelaruan politik tanah air selepas pilihanraya umum (PRU) 14 lalu menjadi satu titik perubahan pemikiran rakyat dan juga pengundi diera kemajuan teknologi kini.

Semua maklumat dan data boleh didapati dengan lebih muda berbanding 15 tahun dahulu dimana ianya memakan masa yang agak lama berbanding sekarang dimana beberapa saat sahaja ianya dapat disebarkan.

Pada PRU 14 lalu, kempen fitnah yang dijaja Pakatan Harapan (PH) yang mana didokongi DAP, PPBM, PKR dan AMANAH telah memenangi PRU 14 dengan pelbagai janji palsu dan diangkat Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri yang 7 dalam sejarah Negera.

Akibat kempen PRU 14 penuh dengan FITNAH maka kerajaan PH jatuh setelah 22 bulan mentadbir negara kerana tiada persefahaman diantara mereka dalam membuat sesuatu keputusan dan juga kifarah yang ditunjukkan Allah SWT kepada rakyat seluruhnya.

Dalam mereka berjanji (manifesto) PRU 14 dan tidak melaksanakanya maka kejatuhan mereka(PH) disambut baik oleh rakyat dengan PENGKIANATAN dari parti Mahathir dan Muhyiddin Yasin (PPBM) dimana telah merosakkan khazanah negara yang dibina selama 60 tahun lalu.

Kemudian disambung dengan (Pengkianat PPBM) terhadap kerajaan PH yang diketuai Muhyiddin Yasin menubuhkan satu kerajaan yang diberi nama Perikatan Nasional(PN) dimana hanya berjaya mentadbir selam 17 bulan sahaja kerana PENGKIANAT rakyat tidak akan kekal selamanya.

Dalam tempoh 17 bulan itu, Muhyiddin (PPBM) banyak membuat kerosakkan kepada negara dimana kepimpinan beliau telah melumpuhkan keseluruhan ekonomi negara dengan mengadakan DARURAT yang berpanjangan tanpa melibatkan kebenaran YDP AGONG ketika itu.

Dalam tempoh DARURAT itu, rakyat hidup dalam keadaan tertekan dengan krisis pendamik Covid 19 dan juga krisis ekonomi yang berpanjangan akibat satu pentadbiran yang lemah dari kepimpinan Muhyiddin yang mana telah GAGAL melaksanakan tanggungjawab sebagai pemerintah negara.

KRISIS kesihatan yang berlanjutan dan ekonomi rakyat yang teruk sehinggakan mengakibatkan satu tekanan kehidupan kepada rakyat dengan kehilang pekerjaan dan sumber pendapatan kerana dasar kerajaan PN dibawah Muhyiddin telah menutup hampir keseluruhan pergerakkan ekonomi negara.

Akibat daripada DARURAT itu, banyak kerosakan telah berlaku kepada ekonomi negara dan juga keharmonian kehidupan rakyat yang mana sehingga kini masih bergelut dengan masalah yang sama (ekonomi) keluarga masing-masing.

https://malaysiapost.com.my/2020/10/24/darurat-burukkan-lagi-ekonomi-negara-ku-li/

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.